Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Iktibar dari sebatang pensel


email ni aku dapat dari opis-mate.. just kongsi utk renungan bersama

ASSALAMU’ALAIKUM..
SEKADAR BERKONGSI CERITA.

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
   “Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Tulis tentang pengalaman ibu?”
“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”
     “Apa yang istimewanya tentang pensel ini? “ tanya si anak.
“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini, walaupun sebatang pensel, ada lima
Nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”
     “Ya ibu.”
   Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini,
Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang
Membimbing tingkah hidupmu, iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut
Kehendak Nya.
  Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya.
Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan cantik tulisannya.
Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia
menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.
  Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah, Namun kita boleh memadamkan dan
Membetulkan tulisan itu semula. Begitulah ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki
Kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan,
Kita akan sentiasa berada dijalan yang benar.
   Keempat, “tahukah anak ibu manakah yang lebih penting, luar atau isi pensel ini?” Sudah tentulah
Arang atau Korbon di dalam nya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri
Kamu itu dan hindarilah.
  Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau kesan goresan. Begitu juga kamu, apa saja yang
Kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau orang lain. Ibu berharap kamu akan
Selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Ini lah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa,
Jangan berputus asa. Apa saja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak
(walaupun nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi bekas
Dalam jiwa mereka. Ulang-ulangkanlah! Dan berdoa selalu.
Wallahualam.

Dipetik dari Majalah Solusi isu #35
SIHAT TANPA MAKSIAT   

Monday, March 19, 2012

Kenapa kita perlu balik kerja awal?


Baca slowly dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,


Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,

Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,



FAMILY


Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?


Tahukah anda makna
"FAMILY"?
FAMILY = (
F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

ps: dh dekat 5.30pm nih.. huhuhu

Wednesday, January 18, 2012

melayu silap selepas JAWI dimansuhkan



aku dpt email ni dari colleagues kat opis ni. cam tertarik plak dgn email ni.. 
kalau x, sampai sekrg pun aku x tau.. jom baca!!!



Ayam Pegar atau burung Pegar - atau dalam perkataan English berbunyi ‘pheasant’


Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada Sdr Rashid Rahman Hassan, atau nama sebenarnya Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Pemuda melayu Brunei ini akhirnya berjaya memberi mencerahan kepada anak bangsa Melayu di Malaysia selepas berpuluh tahun kami keliru selama ini. Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2011 Kategori Nusantara yang diadakan di PICC mewakili negara Brunei.

Pemuda melayu Brunei ini lah yang telah membetulkan kesilapan peribahasa melayu lama di dalam status FB-nya bahawa 'Harapakan PAGAR, PAGAR makan padi' itu salah. Yang betul ialah 'Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi'.

Mana ada pagar yang makan padi?. Sebaliknya ialah burung pegar. Jika di Indonesia ia dikenali sebagai ayam pegar. Pernahkah juga kita dengar pemilik sawah padi memagar batas padi mereka?. Tidak pernah. Sejak dahulu lagi batas atau petak padi tidak pernah dipagar!.

Persoalan yang lebih penting di sini. Mengapa kesilapan ini berlaku?. Apakah punca kesilapan ini berlaku?.



Menurut status FB Rashid Rahman, kesilapan ini berlaku apabila terjemahan tulisan Jawi kepada tulisan rumi. FA-GA-RA di dalam tulisan Jawi lama, berbunyi PEGAR dan juga PAGAR. Penterjemah telah tersilap dengan memilih PAGAR. Dan kesilapan ini berlaku sehingga ke hari ini. Ramai yang tidak tahu tentang perkara ini sebelum ini, (mungkin) termasuk juga guru-guru Bahasa Melayu.


Burung Pegar ni digunakan sebagai burung peliharaan yang berperanan seperti burung hantu. Ia akan membunuh tikus dan serangga perosak di sawah padi. Tetapi ketika mengharapkan burung pegar ini untuk memakan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ini turut juga memakan padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuannya untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak kerana dia sendiri adalah binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. 


Inilah padahnya apabila bangsa Melayu sendiri telah membuang tulisan Jawi. Bukan British atau penjajah yang membuang tulisan jawi di negara kita, sedangkan semasa zaman penjajahan di Tanah Melayu sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas.


Mari kita perhatikan sekeliling kita. Kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi kerana itulah tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan.


Ayah-ayah dan atuk-atuk kita sendiri banyak menulis di dalam tulisan jawi. Utusan Melayu juga kini telah terkubur. Pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi.


Semua bencana mala petaka bagi bangsa Melayu ini bermula ketika pendita Za'ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya 'Rahsia Tulisan Jawi', dan ia bertukar menjadi malang apabila pemimpin yang mengakui berjuang untuk Melayu itu sendirilah yang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan negara kita.

Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 di mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam semua urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan.

Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me'latin'kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi hanya dipelajari dalam mata pelajaran Pengajian Islam sahaja. Kesannya, ramai generasi muda pada hari ini tidak tahu membaca jawi dan lebih sedih menjejaskan 'kelancaran' bacaan al-Quran mereka.


Agak-agaknya, mampukah kumpulan pejuang Melayu atau yang mendabik diri mereka sebagai panglima Melayu ini menulis nama mereka sendiri di dalam tulisan Jawi?.

Monday, December 5, 2011

Oh! Kubur Islam yang Haram

aku dah dapat email pasal ni lama dah.. tapi hari ni ada org forward lagi
since dah dpt lagi sekali, aku share la kat cni ye


Berikut adalah Kawasan Perkuburan Islam di Singapura.
 

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik.. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.
Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.
wALLAHua’lam..


Tuesday, May 10, 2011

HUTANG


Hari ni aku dpt email ni dari seorg kawan.. just wanna share it

KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.
Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.
Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramai peminjam enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta dan syarikat mereka hingga ada yang lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu membayar hutang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Minggu ini, sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi, ada individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana sabda Rasulullah: “Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 2/83)

Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214)

Ada juga dalam sebuah hadis lain, ertinya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kekufuran dan hutang.” Mendengar itu, seseorang bertanya, “Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang, wahai Rasulullah?” “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat An-Nasaie, 2/316; Ahmad 3/38; Al-Hakim berkata sahih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani: Dhoif)

Ini jelas aktiviti berhutang kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.

Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan. Ia seperti berikut:

1. Kad kredit: Jauhkan diri daripada menggunakan kad kredit. Selain isu riba yang hampir dengan kad kredit, ia menggalakkan hutang secara berlebihan. Malah, jika seseorang ingin menggunakannya, dinasihatkan supaya digunakan untuk memudahkan urusan pada saat yang benar-benar terdesak. Adalah lebih baik menggunakan ‘charge card’ atau ‘debit card’ saja. Jauhkan diri daripada ketagihan penggunaan kad kredit.

2. Pinjaman peribadi: Ini satu lagi produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari, seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional diharamkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini, ada beberapa bank Islam dan perbankan Islam menawarkan pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.

Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep ‘bai inah’ (jual dan beli semula antara dua pihak sama). Konsep ini sangat kontroversi dan ditolak kebanyakan ulama Timur Tengah, namun ia diterima ulama Malaysia dan Brunei.

Apapun, kebiasaannya kadar dikenakan tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang sangat mendesak perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

3. Perumahan dan kereta: Dua item ini mungkin keperluan asas bagi kebanyakan individu. Bagi saya, seelok-eloknya hutang peribadi kita dihadkan kepada dua jenis ini saja. Itupun mesti menilai kemampuan kewangan dengan sebaik-baiknya supaya tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional disepakati haram oleh seluruh ulama dunia.

4. Umrah dan haji sunat (kali kedua): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanya sekali. Justeru, umat Islam perlu memahami keutamaan atau ‘awlawiyyat’ di dalam pengendalian wang peribadi.

Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukkan untuk ke umrah dan haji kali kedua lebih baik dan besar pahalanya jika disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi.

Malangnya, ketidakfahaman umat Islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.


Sampaikan kepada sesiapa yang belum mengetahui atau sahaja tak nak ambil tahu.....