Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always
Showing posts with label keturunan DBL;. Show all posts
Showing posts with label keturunan DBL;. Show all posts

Tuesday, March 10, 2015

Alhamdulillah

Alhamdulillah... masih diberi nyawa sehingga hari ini.. tapi masih tak berkesempatan untuk kemaskini blog ini.. arghh..!!.. berhabuk.. habuk berkepuk² dah ni..aishhh.. mood nak mula balik blog ni memang hancus.. hehehe

apa² pun just nak share cerita terkini jer.. Alhamdulillah, family kami bertambah lagi seorang zuriat.. Muhammad Haziem nama diberi.. insyaAllah 17.03.15 nanti genap usianya 4 bulan..

Abangnya Muhammad Haziez pun dah nak masuk 2 tahun sabtu ni..
Syukur pada nikmatMu Ya Allah..

Friday, April 4, 2014

santai abang hazizi & adik haziez

kisah 2 minggu lepas.. mula² adik takut 
herrmm.. lama² tak nak keluar plak
seronok abang dah ada kawan berendam




Muhammad Haziez

As-salam, seperti dijanjikan.. cewah.. ni la antara pic permata hati kami yang ke-2
bulan lepas dah setahun umurnya.. Alhamdulillah dah semakin cerdik
gambar masa baby banyak tak dapat diselamaatkan.. 
memory card corrupt.. huhuhu

Muhammad Haziez nama diberi, Haziez membawa bermaksud bernasib baik










Sunday, April 15, 2012

16 April

hehhee.. kesinambungan kisah 15 April

masa otw balik umah mak aku sempat la ngantor sms kat my buddy kak zurina (aku lebih senang
panggil dia 'mama')

x lama lepas tu mama call aku.. tanya serba sedikit..

esoknya masa sampai kat opis.. mama tanya
mama:  dah bagitau kawan² lain ke?
aku:  xde pun, biarlah segan la saya
mama:  eh! mana boleh.. jap mama bagitau..

x sempat nak halang.. mama dah bangun terus bagitau kawan² lain
x lama lepas tu semua serbu tempat aku..
ramai la kawan² dtg ucap tahniah.. peluk aku..
wah!!! meriah plak cam nak gi cuti raya je
(hehehe.. kat opis aku bila nak bercuti raya semua org akan bersalam²an.. kecoh skit la dept. aku masa tu)

bila ingat balik kelakar pun ada... tapi nak buat camne org xde pengalaman.. dah tu plak disebabkan lama
dah kawin... kami xde terfikir sangat pasal nak anak.. macam² org kata kat aku
tapi aku diamkan aje.. pendam dalam hati.. huhuhu

tapi alhamdulillah.. syukur pada illahi.. anak aku sekarang pun makin sihat.. cerdik.. banyak mulut
biasalah kan budak baru nak membesar... macam² dia nak tau.. & macam² dia akan tanya
dah pandai buat permintaan.. hehe.. apalagi nak adik la .. sabar ye hazizi.. kalau ada rezeki kita boleh la
hazizi dapat adik lagi.. kesian dia main mainan pun sorang² kat umah.. ok la.. chow chin chow dulu
akhir kata pada pembaca blog aku ni.. doa²kanlah supaya zuriat kami bertambah lagi.. Amin

Saturday, April 14, 2012

15 April

kesinambungan dari kisah 14 April.. mlm 14 April tu aku tdo x lena
rasa x sabar nak tunggu pagi sok nya utk check UPT

dalam kol 5.00am aku dah bangun masuk bilik air.. buka 1st UPT set
1st result +ve.. aku cam x caya je.. ye la seblm² ni aku penah gak wat test
x penah² dapat result +ve.. masa tu air mata mmg dh mengalir..
tapi sebabkan rasa cam x puas hati.. aku bukak 2nd set.. result still sama.. aku dah mula sebak
terus aku kejut hubby.. aku x terkata apa.. menangis je lebih. aku tunjuk je result tu kat dia
mau tak nya.. 11 tahun beb..  dah tu dia pujuk, dah la tu jgn nangis.. blk keje nnt kita check ye
ok la..lepas tu baru aku rasa boleh tdo lena.. lain plak cite dgn hubby
dia x leh tdo smp sudah..

petang tu aku balik keje awal.. 5.30pm aku dah chow.. aku gi klinik pakar Pusrawi kat Kota Damansara
kebetulan x ramai patient masa tu.. dalam bilik Dr pun tanya bila last peod & bla²

dah abis sesi 'temubual'.. dia suruh aku baring coz nak buat scan.. tiba²...
Dr:  awak biar betul puan sofiah.. awak dah mengandung 22 weeks!!!
aku:  diam seribu bahasa.. x terkata apa
hubby:  dia terbangun tiba².. aku leh dengar kerusi tu berlaga ke dinding bilik skit punya kuat

Dr:  ok ni tangan dia.. dia kaki dia.. bla².. & besar kemungkinan bb awak lelaki..so awak nak smbg check up dkt cni or u all ada nak pergi panel klinik or hospital lain?

♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂ ♀♂

lepas kuar dari klinik hubby dah excited called his parents..
pas tu hubby tanya x nak bgtau mak ayg ke?
aku cakap, x syiok plak bgtau on the phone.. aku nak blk umah mak
sib baik parents ktorg kat area cni je..
otw blk umah mak.. aku sms opis-mate aku kak zurina (aku lebih senang pgl dia 'mama')

smp umah mak, aku tgk mak mertua adik aku anum ada.. mak plak gi kedai
aku x sabar² tunggu mak balik.. elok mak sampai kat umah
aku tunjuk slip scan ni (x clear sgt dah.. )


mak aku tanya apa nih? aku terus cakap 'anak orang la'
mak terus peluk aku.. mula la sessi menyusuk kalbu.. mak sambil nangis mak cakap
walau mak dah ada cucu lain.. cucu ni tetap cucu sulung mak..
sedeynyer aku dengar.. tika aku taip ni pun airmata aku dah berlinang. sob sob..

x lama lepas jumpa mak.. hubby ajak balik umah parents dia plak.
mak mertua aku heran.. & elok aku smp mak mertua aku tanya
x akan aku x rasa bb dah gerak??? ... huhuhu.. mak kalau ada pengalaman tau la camne rasanya
ni x de pengalaman langsung.. tanya kawan pun kena gelak.. abih cam no..

seminggu lepas tu, aku gi wat further check up kat KPJ Selangor (masa tu Selangor Medical Centre)
aku warded x silap aku dkt 3.. 4 hari kot coz ada diabetes.. 1st time dok spital.. rasa bosan giler... lepas pd tu mulalah episod maternity check up. org lain dah start since early stage.. aku plak nak masuk 3rd stage..
so xde la terasa sgt wat maternity check up.. 3 bln lps tu aku dah bersalin.. haaa.. tang bersalin ni ada kisah lain.. nnt ada masa aku cite ek.. buah hati pengarang jantung aku dah ajak tdo..
'ummi, jom naik tdo' katanya.. sekian utk mlm ni.. adios

Monday, April 9, 2012

tengah buat apa?


nak tau apa aku tengah buat sekarang?  hehehe. cam korang nak tau kan..
tapi kalo korang x nak tau.. aku bgtau gak la.. hahahha

aku tengah nak kumpul data family sebelah arwah ayah aku.. ngape? sebab:-

  1. aku dah berjaya buat family tree untuk family sebelah mak aku
  2. family tree yg aku buat tu dapat disambungkan dgn family tree sebelah moyang perempuan aku yg mana beliau ialah dari keturunan Dato' Bentara Luar Johor..amacam ok tak?
  3. aku jarang communicate dengan anak² buah aku dari adik-beradik aku yang tua.. sungguh sades kan.. tapi hubungan kami xde la terputus... still contact lagi 
  4. aku dah ada cucu... yer dah dapat pangkat nenek ok.. abg sulung aku dah ada cucu.. hazizi dah jadi pak long tau
setakat ni aku dah dapat data 2 adik-beradik aku iaitu abg aku yg no. 2, mohd shafri & kakak aku yg no. 3, anis shofrin.. thanks pada adah & atiqah coz bagi info. ni

ada lagi 3 data dari abg sulung aku, mohd saufi.. aku tengah tunggu reply dari anak buah aku amira
serta abg aku no. 4 & kakak aku yg no. 5.. kalau family tree aku dah siap, baru aku sambung dengan adik-beradik arwah ayah aku plak.. hermm... ok tak idea aku nih.. hehehe.. semoga plan aku menjadi..
Amin

Tuesday, March 27, 2012

pak yazid juara mengubah sirih junjung

walaupun dah bebrp hari berlalu tapi aku still nak masukkan entry ni khas untuk pakcik aku...
Abu Yazid Bin Ahmad .. kami tak dapat tengok dia masuk pertandingan tu coz dah ada jemputan
kawin anak buah aku (anak pada sepupu aku) di Gopeng

Yazid juara gubahan sirih junjung!!! 1 entri dalam mingguan malaysia baru² ni
tapi sayang gambar gubahan tu xde. pak jid cakap mungkin akan kuar dalam utusan malaysia nanti
cian pak jid, xde gambo kenangan dgn gubahan dia

apa² pun tahniah buat pak jid.. sape kata gubahan pak jid x cantik.. dpt juara lagi..
w/pun simple just guna bunga kantan & kulit kayu manis
2 minggu pak jid booking bunga kantan kat umah mak.. hahaha..
excited nak masuk pertandingan.. tapi berbaloi gak coz dapat menjadi juara..
Abu Yazid Bin Ahmad
Juara Gubahan Sirih Junjung Gerbang Cinta Utusan
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)24-March-2012

pic from Mr. G, thx Mr. G

Thursday, February 9, 2012

Surprise!!!!

mak mertua aku dah bagitau awal² ada 2 kenduri kawain pada 04.02.2012
hubby plak tak perasan yang mak dia bagitau ada kenduri kawin
nasib baik gak ingatkan hubby.. coz adik ipar aku tak dapat nak bawak
ingatkan mak nak pergi lepas zohor.. aku pun siap gi cosway dulu tukar barang
tup² mak call masa kat kedai tanya aku kat mana.. erk.. pelik plak apsal mak call aku bukan hubby..
rupa²nya henpon dia ada kat hazizi.. mak nak pergi dulu naik teksi.. nanti jumpa mak kat umah kenduri kat taman cemerlang.. otw nak gi taman cemerlang, jalan plak jem.. adoi.. org nak balik kg kot coz nak start cuti pjg lagi kan.. masa sampai tengok mak tengah lepak² kat khemah.. cian mak tunggu lama
tak lama makan, kami nak balik coz ada lagi 1 jemputan kat taman melati plak
masa mak bersalam²an dgn tuan rumah.. tetiba aku terperasan seseorg..
dalam hati macam kenal.. tapi was² nak tegur
tak lama aku tgk dia pergi ke meja buffet.. tetiba terdengar anak tuan rumah cakap
'eh!! mana plak sarah ni?!!.. zzuupppp.. SARAH.. nama sarah terus menerjah kepala otak aku
(cewah ayat x bley blah.. cam ayat² novel plak.. kui kui kui)

dengan tak teragak² aku terus menuju ke meja buffet & terus tegur empunya diri yg bernama sarah tadi

aku: ni aunty sweetie sarah yg kt FB kan? (nak confirmation aku sebut nickname FBnya
sarah: a'ah
aku:  saya sofiah hanim

terus aunty sarah kenalkan aku sebgi anak buahnya dgn BFF dia lynda.. (mak mertua aku panggil ros)
sempat gak aunty minta ambilkan gambar.. aku plak tak teringat nak kuarkan kamera aku
so, aku pinjam gambar ni dari FB aunty sarah.. thx aunty

 ni la tuan empunya diri yang bernama 'sweetie sarah'.. so sweet
 3 generasi keturunan dato' bentara luar johor

bergambar sekali dgn anak kepada tuan rumah majlis perkahwinan ni.. BFF pada aunty sarah, Lynda namanya..

hazizi terselit kat tengah.. cian aku excited sgt jumpa aunty sarah sampai kan hazizi cari aku dalam khemah..

umi!!... oooo umi!!!.. :-)











aunty siap masukkan dalam FB dia yang aku sebut nickname FBnya.. kih kih kih

btw, thx aunty for the pic.. insyaAllah lain kali kita jumpa lagi ek