Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always
Showing posts with label gubahan. Show all posts
Showing posts with label gubahan. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

syuhada bertunang part 1

citenya dah lama peram... semgu lebey.. ni baru nak posted, sepupu pd hubby aku bertunang pada 3hb Jun yg lepas, baru nak masuk 20 thn umurnya.. maknya pun baru 36 tahun..
mesti korang herankan.. mudanya mak dah nak dpt menantu.. org dulu² kawin awal beb
ok la x nak cite byk .. jom layan pic ni



sebelum tetamu dtg jom kira soru dulu

pak ngah tgh pening... anak sulung dh nak jadi bini org hjg tahun ni

antara menu² hari tu.. ayam masak merah specially prepared by maksyuhada sendiri, selain tu ada ikan masin, ikan goreng, keladi masak asam, ikan wadik (bahasa banjar), ulam²an (pucuk gajus, daun selom & jantung pisang rebus), sambal belacan & kerabu mangga


sebahagian brg² hantaran
kebykkan org bagi

sirih junjung digubah oleh adik ipar aku siti fatimah f.k.a. nani
adik ipar aku yati.. terpaksa crop jadi ½.. aa..aa..aa.. bkn cover perut kami tapi cover yati coz masa tu dia pakai baju lengan pendek ye.. sebelah ni anak dara nani yg buat sirih junjung tadi





ni la syuhada


rombongan lelaki baru tiba


perbincangan sedang berlangsung.. tarikh diijabkabulkan telah ditetapkan pada 28-Oct-2012


brg² hantaran pihak lelaki
syuhada bersama bakal mak mertuanya
asal tunangnya dari Pahang


moh punggah brg hantaran masuk van!!!



syuhada & tunangnya


yati & syafiq.. ntah apa yg diborak berdua.. agaknya cite pasal masa kecik² dok berkubang dalam parit kot.. ngeee


yati, syafiq & farisya.. mudah²an korang berdua dikurniakan zuriat juga hendak-Nya.. Amin


syuhada & kawan²nya hadir pada majlis pertunangan beliau

tahniah syuhada!!! semoga ikatan berkekalan hingga ke kiamat.. Amin

Monday, April 30, 2012

Ronda²

kalau tgk pada tajuk N3 ni.. cam jauh benar aku nak meronda
walhal blkg umah mak je.. mulanya aku bawak hazizi jln² belakang
btw, hazizi demam selsema + batuk sejak hari sabtu
yg herannya dia x tdo² lepas minum ubat.. selalu kalo dia minum ubat mesti dia ngantuk
ni dah cam minum air kosong jer aku tgk.. x mendtgkan apa² effect kat dia
semlm pun cam tu gak.. so, disebabkan dia boring bawak dia ronda² blkg umah mak
jap je.. pas tu aku mandikan dia, terus dia masuk bilik dgn abi dia..

dah dia masuk bilik, aku pun sambung ronda² lagi
sekali mak cakap ada pokok gajus tgh berbuah.. disebabkan aku x penah lagi tgk buah gajus secara live
aku pun amik kamera.. snap jap pic buah gajus ni.. tau makan kacang gajus pokoknya x kenal.. hehehe






pada yg x penah tgk pokok gajus cam aku ni.. nah ni la rupanya putik gajus, buah gajus serta daunnya..Oooppss korang abaikan tangan montok yg pegang buah tu ye.. hahha

tgk plak 2 rumpun pokok kantan yg mak tanam.. dua² tengah berbunga
1 tu tgh kembang cantik

teringat kat pak yazid yg dapat johan gubahan sirih junjung, aku penah cite kat cni & lagi 1 kat cni. sebelum gi pertandingan pak yazid booking awal² bunga kantan ni.. ni baru 1 tgh kembang.. baru² ni aku beli majalah Saji yg kuar gambar salah seorg blogger masakan yg x asing lagi pn azlita @ masam manis.. lagi 1 majalah Rasa. dalam majalah Rasa ada resepi kerabu daging guna bunga kantan.. hermm.. dalam kepala hotak ni tgh berkira² nak buat.. ntah bila plak nak mereliasasikan menu tu kan.. tunggu la ek



ni pokok lambuk.. aku penah wat N3 ni kat cni dalam bulan May tahun lepas.. dah nak setahun dah kan

aku rasa ada simpan resepi sambal kelapa utk makan ulam sayur lambuk ni .. nanti bila senang aku cari & post kemudian



pada sape yg tak kenal pokok daun selom.. nah ni la rupanya.. pokok ni senang hidup lebih² lagi kalau tempat tu lembab.. makin merimbun ianya tumbuh



ni lagi 1 pokok yg senang tumbuh.. aku ingat lagi masa aku dok menyewa kat desa subang. aku tanam kat laman dpn umah betul² bawah paip air.. pair tu plak aku bukak air skit.. bg menitik² so tanah tu jadi lembab.. merimbun tumbuh.. smp jiran² pun jealous tau.. haha.. la ni dok umah sendiri mmg xde tanah.. pemaju memang dah siap simen porch kat umah.. nak tanam dalam pasu ntah bila² plak nak masak.. wakakaka




ni plak pokok keladi.. berkenan plak aku tgk pokok keladi ni.. ada bintik² merah.. daun plak hijau lembut.. memang menawan hati aku.. hahhaha

ok la.. lambat dah ni.. sebenarnya aku ngantuk.. gigi aku sakit.. hazizi plak demam dah 3 hari.. mlm tadi dia bgn kol 4am terus x tdo smp ke siang

gigi aku rasa berdenyut² plak ni.. adehhh

Wednesday, March 28, 2012

akhirnya kuar jugak!!!


Sirih junjung penyeri hantaran


























Abu Yazid Ahmad menjadi juara pertandingan gubahan sirih junjung sempena Ekspo Perkahwinan dan Fesyen Gerbang Cinta di PICC baru-baru ini.


SIRIH junjung wajib ada dalam hantaran pertunangan mahupun perkahwinan masyarakat Melayu kerana ia ibarat 'penghulu' segala hantaran.
Mengikut cerita orang dahulu, sirih junjung dan bahan-bahan yang digunakan membawa maksud tersirat kepada kehidupan suami isteri yang baru hendak bermula.
Penggubah bunga, Abu Yazid Ahmad, 58, berkata, sirih junjung adalah barang wajib dalam sesuatu majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang diamalkan dari dahulu sehinggalah sekarang.
"Sirih yang disusun perlu ganjil dan menggunakan daun sirih segar sebagai bahan utamanya selain bahan lain seperti kapur, gambir dan buah pinang.
"Kesemua bahan-bahan ini akan dibalut dan disusun bersama dengan daun sirih kemudian diletakkan di atas bekas atau alas supaya ia nampak lebih kemas dan cantik.

akhirnya kuar gak picture pak jid dalam utusan.. tahniah pak jid

Wednesday, December 14, 2011

kini masanya telah tiba!!!

setelah selesai majlis resepsi di rumah pengantin perempuan @ hana
minggu lepas majlis resepsi di rumah pengantin lelaki @ hairi
senang cite sebelah kami la.. hehee

pagi dalam +/- pukul 9am, pak yazid sampai nak siapkan main table plak

























khemah aku minta color hitam oren gak tapi di antor hitam peach
kalo tgk live.. x cantik sgt color peach tu tapi bila dalam gambo cantik plak..
cam hitam oren pun ada kan.. tgk la kepakaran pak yazid
sekejap je dah siap main table.. cantik x?



























haaa.. ni la pak yazid aku.. dah 58 tahun umur dia..
lepas settle main table sambung plak buat pintu gerbang & bunga manggar











































































































antara menu utama kami hari tu.. nasi beriani, nasi putih, gulai kawah, ayam masak merah,
pajeri bombay nenas, acar buah, papadom
manakala menu sampingan pula, mee & bihun sup daging & lemak serta bubur kacang
minuman kami plak hari tu.. air asam boi bersama limau kasturi.. terbaek!!!!
kalau nak buat tempahan boleh la kol en. khalid seperti tertera diatas ye





















































tetamu mulai memenuhi khemah seawal 11 pagi...
pengantin lambat skit tiba, kawan² sekerja dah nak balik
baru depa sampai +/- pukul 2.15pm...

























































x banyak gambo pengantin aku amik kat pelamin & dalam bilik
aku ketandusan idea cam ne nak suruh depa ni posing
depa ni pun dah x tau nak posing cam ne lagi.. hehhehe



























tetamu² yang datang lewat hari tu memang rezeki depa..
ngape nak tau.. pihak pengantin pompuan bawak rambutan & durian...
banyaakkkkkkk... cam nak niaga mak mertua aku.. x caya tgk picture kat atas ni
kome ada??? hheehehe.. memang terbaek la.. msg² seronok dpt mkn doyan & rambutan kg gajah



























petang tu aku nyakat makcu amah.. aku amik gambo dia makan mee sup
hahhaha.. malu² gitu aku usik dia lagi lepas tu.. bawah gambo acu amah makan
gambo makcik yah jemeli.. makcik yah cakap dah lama x jumpa acu amah
so dia minta aku snap picture dia & minta tag nama anaknya kat FB.. hehhee




























atas ni plak gambo pengantin bukak hadiah.. tapi x byk gambo aku amik
coz x perasan battery camera dah kiok.. huhuhu

majlis selesai agak lewat hari tu coz kami masih terima tetamu selepas pukul 5pm
ada yg sesat ntah kemana²... apa² pun terima kasih pada semua tetamu yg hadir pada hari tu
terima kasih juga pada semua yg terlibat secara langsung / tidak dalam menjayakan majlis kami hari tu

tanpa anda semua x meriah la majlis kami ni..
lepas ni tinggal lagi 1 kenduri kawin.. bila??? ntah la... kena tanya tuan punya badan ni plak
hehhehe.. adik jawap!!! ;-p

09.12.2011 a day before kenduri

pagi tu sementara tunggu mak mertua & adik ipar balik dari pasar
aku cari keje lain yg aku boleh buat..
sementara "kanak² ribena"... anak² kami la.. buat hal masing²
start hari ni memang anak² bebas.. buat la apa korang nak
asal jgn kacau parents depa nak buat keje.. hhahahhaa
tgk la gelagat anak² kami ni.. ni baru budak berdua ni..

























mak mertua aku dah minta cuti tapi bdk ni masih di antor lagi
nak jadi cite bdk ni hilang.. x sape perasan dia kuar dari umah
masa tu aku dok sibuk bakar belacan kat dapur
memang aku x tau pun dia ada naik kat atas
coz seblm ni adik ipar aku dah bawak dia turun bawah
sib baik ada jiran² perihatin yg jumpa dia dok nangis kat tangga blok lain
ada jiran² cakap nampak dia sorang² gi playground
bila masa dia kuar sorg pun x perasan
mgkn lepas main kat playground dia nak balik umah mertua tapi x jumpa
al-maklum umah flat.. same je rupenya.. bdk² mana nak cam
udah la comey.. kalo hilang / kena culik jenuh gak nak mencari
cer tgk muka bdk ni (sebelah kiri).. bwh sekali (seblh kanan) anak dara nani



























haaa.. ni picture anak dara nani lagi.. farisya maisara
comey & 'mesra alam' g2.. senyum jerk


























ok berbalik pada cari keje tadi.. since aku x tau nak buat apa
aku cari gula² yg adik ipar nak buat as a goodies
aku pun mula packing gula².. dari duduk xde keje baik aku cari keje..

























siap dah gula² utk bdk².. abis packing.. bakar belacan plak
abis 1 umah bau belacan.. hahhaha
mak mertua, adik ipar, biras & mak sedara dah siap masak
lepas solat jumaat.. makan time!!!!
x lama lepas makan, pakcik aku pun sampai coz nak buat pelamin
masa tu rasanya dah kol 4pm++



























tema hitam oren.. hehhee.. sape pilih??? aku la.. hahhaha
cantik x color tuh? so far aku x jumpa lagi org buat tema hitam oren
yg selalu aku nampak hitam merah / hitam putih.. korang ada jumpa x tema hitam yg lain?
cer cite cer cite.. ;-)

pakcik aku a.k.a. en. yazid pun mulakan tugas buat pelamin
dari dinding yg kosong smp la siap semuanya..
oh ya!.. langsir warna pinang masak tu mak mertua aku jahit
yati dah pasang pagi tu.. thx yati
6pm++ baru siap pelamin sekali dgn bilik
erk.. bilik jap je.. tmbh bunga since mak mertua dah buat langsir
so pak yazid x perlu nak tambah byk.. hehehehe






















eh.. ada plak terselit gambo aku.. hahha.. tu amik masa hari kenduri
aje. suka².. hahhaa
lepas je pak yazid settle siapkan pelamin.. hubby & aku antor pak yazid balik ke Kg Baru
otw ngantor, gi kedai cari bekas utk bekalkan nasi & lauk pauk utk rombongan pengantin pompuan &
saudara-mara esok harinya..
Oooppss. terlupa.. perasan dak gubahan bunga kat gambo diatas?
haa.. gubahan ni pak yazid bg pinjam jap
dia menang no. 1 utk gubahan ni.. bunga 1 malaysia katanya.. cantik x?























lepas majlis doa selamat.. aku naik atas.. buat signboard plak.. sambil tgk MLM
cer tgk kreativiti kami 3 org.. hehehe.. since 2 org pompuan x pakai tudung
amik gambo syafiq sorg udah la kan.. tapi kang yati merajuk plak..
amik gambo tangan yati skit.. hahahhaha.. dah siap..  :-)

smp cni dulu.. nnt smbg lagi.. adios

Wednesday, October 19, 2011

Majlis pernikahan Hairi & Hana

sabtu lepas 15.10.2011, adik ipar aku mohd khirulnizam abdul rahman selamat diijabkabulkan
di Kg Gajah, Perak dgn pasangannya norhana bt majid.. hari tu gak besday our bride
tapi sorry la x sempat nak beli kek besday..

malam tadi tengok blog cousin aku In.. pas tu aku nampak dia amend pic guna photoscape
terus teringat.. Eh!!! aku ada download la program ni.. tapi tak ingat kat mana
godek² dalam desktop opis ni xde plak.. Oh! ya.. baru teringat aku download kat laptop umah daaa..
so, apalagi.. download lagi sekali kat desktop.. tarraaa.. ni la hasilnya pic majlis pernikahan adik ipar ku
























alhamdulillah selamat sudah selepas 2x lafaz


























barang² hantaran yg digubah oleh pakcik ku.. except kek tu...cantik x? memang kelas

























ni pic kami 1 family.. ada 2 family yg x de dlm pic atas sekali
bawah plak pic pengantin dgn my P.I.L.
sebelah tu plak.. pokok bunga je yg menjalar kat tanah umah pengantin pompuan
dulu mak aku pun ada tanam pokok ni.. lepas di simen laman depan umah
dah xde la pokok ni.. actually cantik sebenarnya pokok ni bila bunga tengah lebat
























1.  baby baru utk tahun 2011.. Farisya Maisara nama diberi.. baru nak masuk 3 bulan
2.  FIL aku cakap, muka kami serupa.. hermm.. ye ke.. tang bulat je kot.. versi hidung pesek & mancung..hehe
3.  ni je pic hazizi yang dia x gerak.. tu pun sekejap je.. nasib baik sempat snap
4.  pic aku dgn satu²nya anak kami.. lupa plak nak amik gambar kami 1 family.. huhuhu

g2 la serba sedikit cite & pic majlis pernikahan adik ipar aku..
tunggu majlis kenduri plak bulan 12 nanti..

amacam cantik x pic ni bila guna photoscape