Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always
Showing posts with label info bersama; keturunan DBL;. Show all posts
Showing posts with label info bersama; keturunan DBL;. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

akhirnya kuar jugak!!!


Sirih junjung penyeri hantaran


























Abu Yazid Ahmad menjadi juara pertandingan gubahan sirih junjung sempena Ekspo Perkahwinan dan Fesyen Gerbang Cinta di PICC baru-baru ini.


SIRIH junjung wajib ada dalam hantaran pertunangan mahupun perkahwinan masyarakat Melayu kerana ia ibarat 'penghulu' segala hantaran.
Mengikut cerita orang dahulu, sirih junjung dan bahan-bahan yang digunakan membawa maksud tersirat kepada kehidupan suami isteri yang baru hendak bermula.
Penggubah bunga, Abu Yazid Ahmad, 58, berkata, sirih junjung adalah barang wajib dalam sesuatu majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang diamalkan dari dahulu sehinggalah sekarang.
"Sirih yang disusun perlu ganjil dan menggunakan daun sirih segar sebagai bahan utamanya selain bahan lain seperti kapur, gambir dan buah pinang.
"Kesemua bahan-bahan ini akan dibalut dan disusun bersama dengan daun sirih kemudian diletakkan di atas bekas atau alas supaya ia nampak lebih kemas dan cantik.

akhirnya kuar gak picture pak jid dalam utusan.. tahniah pak jid

Tuesday, January 31, 2012

allahyarham Abdul Samad Bin Ahmad

Abdul Samad Bin Ahmad, abang pada mak aku
dilahirkan pada 27-Jan-1945 bersamaan dengan 12-Safar-1364 (hari sabtu)
meninggal dunia pada 5-Dec-2006 bersamaan dengan 14-Zulkaedah-1427 pada usia 61 tahun

al-Fatihah untuk arwah Pak Samad













tapi ngape aku buat posting ni ek. haaa.. gini citenya.. ingat tak posting aku sebelum ni pasal b4 family gathering? aku tumpang umah mak mah.. mak mah ni balu pada allahyarham pak samad

nak cite sikit pasal arwah.. orangnya pendiam, suka dgn budak²
ingat dulu masa kami kecik² balik time raya.. bonet kete dia mesti ada bunga api
kalau anak buah berkumpul dia pun ajak la main bunga api
orangnya tak lokek.. tapi arwah pak samad & mak mah tak ada zuriat
jadi mereka ambil 2 orang anak angkat (sepasang)
arwah ni kalau buat kerja cermat betul, bayangkan kalau dia basuh pinggan
orang tak akan tau dia basuh pinggan coz tak ada 1 bunyi pun kedengaran
tak payah orang lain la.. aku sendiri pun basuh pinggan mesti berbunyi pinggan mangkuk

selain cermat orangnya, arwah juga berseni orangnya.. tak caya.. cuba tengok hasil seni khat ni yang sempat aku snap masa kat rumah arwah

ni tulisan jawi arwah
cantikkan
ni khat kat dalam bilik anak lelaki arwah
nampak bercahaya kan Allah & Muhammad Rasullullah
Bismillah diatas pintu bilik tidur utama
ayat di atas pintu masuk rumah bahagian dalam
 lagi khat di bahagian parking kereta
kalau kita tengok direct tak nampak
bercahaya macam ni, bila dah diambil
gambar nampak cantik & bercahaya
Subhanallah
yang ni di tepi pintu masuk rumah
yang ni lagi tulisan jawi arwah




















Bismillah ni pulak di atas ruang diantara ruang tamu & ruang makan

oh ya.. ukiran bunga tu arwah yang buat













cantikkan hasil seni arwah.. setakat ini tak ada lagi penganti dalam kerja seni beliau
aku ada last picture arwah & mak mah.. masa tu arwah menghadiri majlis kenduri kawin adik aku
nanti aku cuba cari gambar arwah di rumah mak

b4 family gathering

post tertunggak.. actually ni happens selepas kami sampai Taman Ungku Tun Aminah

kami bertolak dari KL hari sabtu 21.01.12, +/- pukul 9.30am, mulanya konvoi dgn pakcik
aku, pak khalid driver bawak mak & pak yazid
sebelum sampai persimpangan bandar bukit mahkota, jalan dah mula jem kat highway PLUS
adus!!!.. ok hubby terus kuar exit Putrajaya.. kononnya nak ikut jalan lama thru sepang & PD
terus kami terpisah.. jalan punya jalan sekali tersalah jalan.. hahhaha
tup² pak yazid kol.. "korang kat mana".. kami dah PD
hah!!! kami dah sampai ayer keroh.. hahhaha.. orang yang ikut highway PLUS dah pun sampai
ke ayer keroh.. kami masih berlegar² kat PD.. hahahha.. dah terlanjur masuk PD..
tunjuk hazizi laut selat melaka.. seronok sgt dia..
pas tu kami teruskan perjalanan.. kuar tol PD.. janji dgn pakcik jumpa kat machap

sampai R&R Machap, tengok² pakcik baru gak sampai.. rupa²nya pak khalid dah banyak berhenti
dia dah ngantuk.. cian dia sorang je driver.. turun je terus kami lunch kat situ
lupa plak nak amik gambar.. btw, malam sebelum tu aku memang tak tidur
teman mak masak.. asalnya nak masak sikit je. .. tup² banyak plak makanan
nasi putih, ikan tenggiri asam pedas letak kobis jeruk, sayur campur goreng, ikan goreng, ikan masin goreng,
bihun goreng, karipap, cekodok pisang... pak khalid plak bawak lauk kurma ayam & kurma daging
lepas makan kami teruskan perjalanan .. sampai kat highway area JB salah kuar exit plak.. hahahha
pusing balik berpecah lagi dengan pak khalid.. huhhuhu
+/- dalam 5.30pm baru sampai umah mak mah di taman ungku tun aminah
elok sampai hujan mencurah² turun dengan lebatnya.. memang menyambut kedatangan kami nampaknya
hehehehe..  dah nak maghrib adik aku dari kluang sampai..
elok dia sampai anak dara dia arinah asyik berkepit dengan hazizi.. tak caya.. haaa.. tengok gambar ni

peha hubby aku jadi tempat duduk budak comey berdua ni
sofa semulajadi gitu.. hahaha
jgn marah ye bang







bawah ni plak pak yazid tengah iron baju.. pak khalid tunggu turn sampai terlelap..(tengok gambo yang aku besarkan sebelah ni) cian driver penat.. last² pak khalid suruh pak yazid je iron kan baju

pak yazid pun tolong iron baju mak.. terima kasih pak yazid

Thursday, January 26, 2012

bertemu jua


alhamdulillah.. akhirnya bertemu juga aku dengan sanak saudara dari Keturunan Muhammad Salleh B. Perang
atau lebih dikenali sebagai Dato' Bentara Luar Johor

22-Jan-12 tarikh perjumpaan diadakan.. berikut ialah diantara gambar² yang sempat aku rakamkan

gambar atas salasilah keluarga yang telah disediakan oleh aunty abrizah.
manual ok..jenuh nak menampal
satu²

gambar bawah pula salasilah yang
disediakan oleh Tok Zabidi Noah
(yang ni guna software tapi tak
ingat apa namanya)

ni lagi gambar salasilah yang disediakan
oleh aunty Abrizah @ Aunty Ri
kami ingatkan kami yang lewat sampai coz majlis bermula pukul 9.00am ikut dalam jadual la.. tup² kami yang terawal selain AJK.. since kami terawal sampai.. jom setting kerusi meja & etc


 tetamu dah mula memenuhi ruang dewan komuniti pandan, kg pandan, johor bharu
 masing² kusyuk tengok salasilah yang ditampal didinding dewan


Oh no!! hazizi.. makan duduk kat kerusi la nak.. ni sudah lebih sampai duduk atas meja ;-p
 masing² tengah asyik berborak mengenali 1 sama lain

ada yang sedang membaca bahan² bacaan yang disediakan oleh AJK majlis

ada yang ambil breakfast & dll
 majlis dimulakan dengan tahlil diketuai oleh tok musa



sessi suai kenal oleh AJK serta dari generasi ke-3 DBL

kebetulan masa aku ambil gambar anak aku sibuk tiup buih sabun.. so berterbangan la buih² sabun semasa AJK tengah dok mengenalkan diri masing² :-)
1st, gambar aku dengan Aunty Aini Lajat.. comey putih melepak..

2nd, gambar aku dgn aunty Abrizah (Ri) yang buat salasilah keluarga

3rd, gambar aku dengan pangkat pupu aku Pn. Rosmah. mak cakap muka kami dah macam adik-beradik
sanak saudara dok semak salasilah keluarga

gambar sebahagian ahli keluarga yang hadir.. ada lagi yang ketinggalan kat dalam dewan

 lauk-pauk untuk nasi beriani
ayam masak merah, daging kurma, dalca, jelatah, agar², kek gulung, buah oren & tembikai
sanak saudara tengah Q untuk ambil lunch hari tu

mak tolong sendukkan nasi
ada plak sanak saudara ingat mak aku tukang masak / caterer..

mak cakap dalam ramai² ada la +/- 10 orang yang cakap terima kasih.. cian mak aku.. dengan kaki yang sakit masih lagi sibuk melayan sanak saudara.  mak cakap masa ni la nak kenal dengan saudara-mara.. betul gak kan
masing² tengah lepak² sambil berborak & mengenali diri masing²
budak².. herm dengan hal diaorg la.. ada diaorg kesah dengan parents diaorg..
oh ya.. ni tag nama kami.. thanks to Aunty Masuri yang bersusah payah buat tag ni



















Lepas lunch ramai yang beransur pulang sedangkan majlis tamat pukul 4.00pm
akhirnya menu petang laksa johor yang tak berapa nak johor tu pakat kena tapau je la
nasib baik hubby tolong belikan plastik.. kalau tak, memang terbuang je la 'laksa johor' tu

ok la sampai sini dulu coretan aku.. terima kasih yang tak terhingga kepada semua AJK (Aunty Abrizah, Aunty Masuri, Rosmah, Tok Zabidi, Pak Suratman, Pak Hamid & Tok Azizie Hashim - maaf kalau ada
nama yang tertinggal) yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ni.. hanya Allah swt yang dapat membalas jasa anda semua..  terima kasih sekali lagi.. lain kali berjumpa lagi.. insyaAllah