Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always
Showing posts with label Tahniah. Show all posts
Showing posts with label Tahniah. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

tahniah!!

08-June-2012, adik aku kat Kuala Krai tu selamat dah nikah dgn pasangannya

maaf la dik, tak dapat gi.. coz baru je blk dari kg abg baha, sepupu dia bertunang
apa² pun aku sempat amik picture kawin kt FB dia..

aku adjust² skit gambo dia ni.. minta maaf kat kawan dia delaila coz aku amik je pic ni tanpa izin


yg pakai baju biru tu la empunya pic ni sebenarnya..


suhara & nik.. semoga berbahagia hingga ke kiamat..

serta dikurniakan zuriat yg soleh/solehah.. Amin

Friday, May 25, 2012

Majlis perkahwinan Ina & Nizam - Part 2

ok, sekarang ni kita sambung lagi cite Majlis perkahwinan Ina & Nizam
cuma kali ni aku nak cite pasal kanak² riang plak.. budak² mana nak dok diam kan
moh layan gambo bawah ni


aku jenuh cari hazizi hari tu.. jap² dia hilang.. rupa²nya kena 'tangkap' jadi budak pengiring pengantin.. kenapa plak hazizi yg kena? bdk lain ramai je.. nak tau ngape.. baju yang hazizi pakai tu match dgn tema color baju budak pengantin lelaki.. nasib la nak.. 
(hazizi bkn kena 'tangkap' jadi bdk pengiring tapi rupanya diajak oleh sepupu²nya.. biasalah bdk² kalau dah jarang jumpa cam g2 ler.. & secara kebetulan pula color baju dia plak seiring dgn tema bdk² lelaki)


budak² dah bosan menunggu.. punya lama beratur, pengantin tak sampai² gak.. tengok je la muka husna.. monyok jer.. hazizi plak ada dia kesah.. dia boring dia lari.. eimran plak tak abis² amik gula²


Atas sekali eimran & hazizi.. bawah ni 'ketua' budak² pengiring..  tengoklah bdk² semua kepenatan menunggu pengantin yang tak tiba².. mak² siap bagi upah gula² supaya anak² tak bosan


ni picture lepas mengiringi pengantin naik ke pelamin. bdk² di suruh duduk kat tangga.. atas ni bdk² lelaki


yang ni budak² perempuan.. pakaian budak² perempuan ni aku rasa paling cantik baju anak² buah aku la.. ada kedut² kat pinggang baju.. comey.. sape lagi yg jahitkan kalau bukan mak aku.. baju pink anak² dari sebelah pengantin lelaki yg sebaliknya anak² dari sebelah pengantin perempuan


pengantin dah turun gi makan.. budak² plak naik sebok nak bergambo.. layan je la


dah bosan jadi budak penggiring.. hazizi main kejar² plak kat luar.. maklum la lama x jumpa.. dapat jumpa pun sekejap je


btw, mak aku cukup tak berkenan masa majlis menggiring pengantin ke pelamin
diaorg nak buat cara moden.. xde bunyi paluan kompang
 (btw, spt dibgtau oleh akak pengantin majlis traditional telah diadakan dirumah.. sebab tu xde paluan kompang kt dewan)
diaorg gantikan dengan pasang lagu inggeris Yuna  .. aku pun x ingat nama lagu tu apa
lagu thousand years by Christina Perri sesuai digandingkan dgn tema english

apa² pun majlis hari tu aku tengok semua berjalan lancar.. 

Majlis perkahwinan Ina & Nizam - Part 1

19.05.2012 lepas kami gi kenduri kawin adik ipar anum kat Marina Island Hall Lumut, Perak
the only dotter dlm family lan (hubby anum) & yg aku dpt tau, pengantin lelaki plak the only kumbang dlm his family anak ke-3 dalam family dia

dkt semgu baru nak hupdet kan.. hadui.. mood nak edit gambo xde.. mood ke laut betul... uargggghhh
moh layan gambo yg sempat aku amik hari tu

ni kad jemputannya... too simple.. yg border bunga² tu aku yg tambah yer.. kosong bebenor aku tgk kad ni.... suka hati aku je kan

ni ofkos la pelamin.. x kan korang x tau kan.. nggeee
lenggang giler kat dewan ni masa ktorg sampai.. padahal dah kol 12pm++
mgkn jemputan ikut time kat kad jemputan kol 1pm kot.. cer tgk kat kad kat atas tadi tu


  
4 gambo ni semua kat main table except lauk-pauk yg kat bawah sekali
main table arrangement aku tgk serabut la plak.. mgkn coz diaorg buat bentuk 'U' yg sempit.. maybe gak pasal bunga² yg berserabut tu kot.. or maybe color bunga tu yg buat x menyerlah

lauk-pauk disediakan not bad la rasanya.. tapi aku x berkenan betul dgn katering yg menyediakan utensil .. ada ke garpu berkulat.. dah tu berkarat plak tu.. sudu plak cam x basuh je ada bekas cili.. bekas isi lauk pun ada yg sumbing.. tolong la, sepatutnya benda cam ni org katering patut ambil berat gak tau.. hadui

btw, aku ada bgtau staff caterer tu pasal garpu & sudu, dia just amik garpu & tinggalkan je sudu atas meja.. herrmm.. aku pun malas nak kata apa coz sebok melayan anak kami yg sorang tu

ni plak dekat dgn pintu nak masuk dewan.. selain 2 area ni ada lagi 1 area tempat tuan rumah letak door gift utk tetamu.. strawberry jem utk org dewasa & gula² untuk bdk² 

ni la rupa pengantinnya.. pengantin lelaki drive sendiri kete mini tu
diiringi dgn motor lama yg ditunggang oleh abg pengantin perempuan.. masa ni aku tak sempat nak amik gambo coz sebok dgn hazizi & sepupu sepapatnya

semoga ikatan cinta kalian kekal ke kiamat. Amin Ya Rabbal Alamin
ok, sambung lagi ke Part 2.. kali ni pasal kanak² riang plak..

Sunday, April 15, 2012

16 April

hehhee.. kesinambungan kisah 15 April

masa otw balik umah mak aku sempat la ngantor sms kat my buddy kak zurina (aku lebih senang
panggil dia 'mama')

x lama lepas tu mama call aku.. tanya serba sedikit..

esoknya masa sampai kat opis.. mama tanya
mama:  dah bagitau kawan² lain ke?
aku:  xde pun, biarlah segan la saya
mama:  eh! mana boleh.. jap mama bagitau..

x sempat nak halang.. mama dah bangun terus bagitau kawan² lain
x lama lepas tu semua serbu tempat aku..
ramai la kawan² dtg ucap tahniah.. peluk aku..
wah!!! meriah plak cam nak gi cuti raya je
(hehehe.. kat opis aku bila nak bercuti raya semua org akan bersalam²an.. kecoh skit la dept. aku masa tu)

bila ingat balik kelakar pun ada... tapi nak buat camne org xde pengalaman.. dah tu plak disebabkan lama
dah kawin... kami xde terfikir sangat pasal nak anak.. macam² org kata kat aku
tapi aku diamkan aje.. pendam dalam hati.. huhuhu

tapi alhamdulillah.. syukur pada illahi.. anak aku sekarang pun makin sihat.. cerdik.. banyak mulut
biasalah kan budak baru nak membesar... macam² dia nak tau.. & macam² dia akan tanya
dah pandai buat permintaan.. hehe.. apalagi nak adik la .. sabar ye hazizi.. kalau ada rezeki kita boleh la
hazizi dapat adik lagi.. kesian dia main mainan pun sorang² kat umah.. ok la.. chow chin chow dulu
akhir kata pada pembaca blog aku ni.. doa²kanlah supaya zuriat kami bertambah lagi.. Amin

Wednesday, March 28, 2012

Good Luck My Friend!

hermm.. lepas sorang² resigned.. aku ni masih bermastautin kat opis ni
diam x diam tahun ni aku dah 16 tahun berkhidmat kat cni
eh!!!.. aku bukan cite psl aku.. intro je ni.. hehhee
ok, kali ni exec aku yg baru aku kenal sejak dari Jan'12..
namanya hazlina.. org banjar yg x tau cakap banjar.. hahhaa.. jgn marah ek...

isnin lepas kami makan sama².. lunch pertama & terakhir aku semasa dia berkhidmat kat cni.. huhhu
jom layan pic ni!!

yang bertudung biru la empunya diri hazlina abdul kadir

kak ina, tgk apa kat pinggan tu.!!!

ada org syok sendiri. wakakaka

kak yati, masa makan la bukan masa tdo.. haha.. jgn marah
gambar together² seblm chow

Oooppss sempat lagi last pic aku & farah.. kat opis panggil shikin coz dah ada staff lain nama farah
air yg kami order

ice lemon tea utk aku
(x tau la nak pilih air apa.. lgpun senang. selalunya air ni kurang manis.. & betul tekaan aku, memang kurang manis)

air mangga pilihan lina & farah

coconut lychee pilihan kak yati & kak ina


menu yg telah diorder..

tom yam merah pilihan lina
yg lain² amik tom yam putih je
ikan siakap 3 rasa, sayur + & soft shell crab..
burpp... kenyang sudah
sambal belacan x luak pun.. hehhee


yang lain² cleared except 'bunga' hiasan.. hehhhee
antara decoration kat restoran ayuthia
(ntah betul ke idak ejaan ni.. main taram jerk. hhehe)

apa² pun.. thanks pada hazlina coz byk gak bagi tunjuk ajar, thanks gak coz sudi jadi pendengar setia.. (tetiba teringat kat cik yat.. u all berdua x byk beza cuma ketinggian je.. hahhaa.. jgn marah CY)..

All the best to you.. Good luck!! semoga cepat dikurniakan zuriat.. Amin Ya Rabbal Alamin

akhirnya kuar jugak!!!


Sirih junjung penyeri hantaran


























Abu Yazid Ahmad menjadi juara pertandingan gubahan sirih junjung sempena Ekspo Perkahwinan dan Fesyen Gerbang Cinta di PICC baru-baru ini.


SIRIH junjung wajib ada dalam hantaran pertunangan mahupun perkahwinan masyarakat Melayu kerana ia ibarat 'penghulu' segala hantaran.
Mengikut cerita orang dahulu, sirih junjung dan bahan-bahan yang digunakan membawa maksud tersirat kepada kehidupan suami isteri yang baru hendak bermula.
Penggubah bunga, Abu Yazid Ahmad, 58, berkata, sirih junjung adalah barang wajib dalam sesuatu majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang diamalkan dari dahulu sehinggalah sekarang.
"Sirih yang disusun perlu ganjil dan menggunakan daun sirih segar sebagai bahan utamanya selain bahan lain seperti kapur, gambir dan buah pinang.
"Kesemua bahan-bahan ini akan dibalut dan disusun bersama dengan daun sirih kemudian diletakkan di atas bekas atau alas supaya ia nampak lebih kemas dan cantik.

akhirnya kuar gak picture pak jid dalam utusan.. tahniah pak jid

Tuesday, March 27, 2012

pak yazid juara mengubah sirih junjung

walaupun dah bebrp hari berlalu tapi aku still nak masukkan entry ni khas untuk pakcik aku...
Abu Yazid Bin Ahmad .. kami tak dapat tengok dia masuk pertandingan tu coz dah ada jemputan
kawin anak buah aku (anak pada sepupu aku) di Gopeng

Yazid juara gubahan sirih junjung!!! 1 entri dalam mingguan malaysia baru² ni
tapi sayang gambar gubahan tu xde. pak jid cakap mungkin akan kuar dalam utusan malaysia nanti
cian pak jid, xde gambo kenangan dgn gubahan dia

apa² pun tahniah buat pak jid.. sape kata gubahan pak jid x cantik.. dpt juara lagi..
w/pun simple just guna bunga kantan & kulit kayu manis
2 minggu pak jid booking bunga kantan kat umah mak.. hahaha..
excited nak masuk pertandingan.. tapi berbaloi gak coz dapat menjadi juara..
Abu Yazid Bin Ahmad
Juara Gubahan Sirih Junjung Gerbang Cinta Utusan
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)24-March-2012

pic from Mr. G, thx Mr. G