Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always
Showing posts with label happy together². Show all posts
Showing posts with label happy together². Show all posts

Monday, July 30, 2012

14-Jul.. jemputan dari pak khalid & family

hari sabtu seminggu sebelum kita umat islam berpuasa
kami menghadirkan diri ke majlis kenduri tahlil dari pak khalid & family
buatnya di masjid.. ingatkan belum buat apa² sekalinya sampai dah selesai pun

lepas makan² kat masjid kami balik semula kat umah sadiah
malas nak cite panjang.. moh layan gambo yang sempat aku amik



haaa.. tau apa yang budak berdua ni ngadap??

yang pakai baju biru belang merah tu memang tak pernah tengok.. tu yang ala² jakun skit.. tapi penakut pun ye..

hahaha.. tok mat (pak khalid) dia dapat tangkap tikus..

tu budak berdua tu ralit je


hazizi ni lagak je berani tapi penakutnya subhanallah... berani lagi dak amni


ni plak picture dak adeeb ikram & atuknya.. adeeb & amni ni sebaya je.. cuma amni tua 5 bulan je dari dak adeeb..

adeeb cucu kesayangan tok awie & tok minah dia ni..

adeeb tak gi mana².. tak macam hazizi & amni... tak de diaorg berdua tu dok diam..

dak adeeb ni dok je la kat kerusi tu.. karipap yang dia pegang punya lama tak abis² dimakan
















haaa.. zoom in sat picture pak awie.. pak awie ni memang payah nak bergambo


ni pun candid je.. tapi jelas gak kan..

utk pak khalid & family terima kasih atas jemputan.. semoga seluruh keluarga pak khalid dirahmati olehNya.. Amin

Monday, July 23, 2012

hari ni 23-July

hari ni genap umur hazizi 4 tahun.. kalau ikut kalendar hijrah dah lama 4 tahun
dak hazizi ni sejak sabtu lepas demam..

kami dah sambut besday dia awal skit.. sabtu lepas kami sambut di rumah mertua
coz hari ni atok & nek yah dia nak balik kg seminggu
jom layan picture dia hari tu



hazizi & abi nya..


penuh minat muka nak potong kek
belakang plak atoknya hazizi..

kalau la arwah ayah aku ada, mesti dia paling happy kot.. Al-Fatihah untuk ayah


hazizi bersama sepupu²nya serta atok

5 dari 8 org cucu² mak & abah



besday kek hazizi..

cian abinya.. lepas beli kek, kete breakdown.. kena tolak kete seorg² ke workshop.. udah la 1st day posa..














comel tak hazizi masa ni..

gambar ni amik masa umur dia 11 bulan..

comel kan.. kan ... kan..















apa² pun happy birthday sayang semoga diberkati umur, berilmu, berakhlak mulia, beriman, jadi anak yang soleh, tidak sombong diri, hormat orang tua & diberi kesihatan yang baik .. Amin



Friday, July 20, 2012

01-Jul Part 2

masih berkisar pada tarikh 01-Jul... tapi kali ni kisah besday dak adeeb
hazizi panggil dia ikram coz nama penuh dia muhammad adeeb ikram bin sharul ikram
udah ikramnya disebut 2x.. mau tak hazizi ingat nama ikram je.. so, pendek cite.. lepas balik dari kenduri kawin staff hubby kami balik dulu umah mertua.. coz hubby nak bawak abahnya gi klinik, batuk teruk dah lama tak baik².. dalam pukul 4pm++ kot baru kami balik umah mak aku plak

jom layan muka² dak comey


actually kek besday tu utk adeeb & atuknya.. kebetulan besday meraka dalam bulan yang sama.. tapi atuknya tak minat makan kek

ok yang baju merah mickey mouse tu la dak adeeb.. dah 2 tahun umur dia.. sekejapnya masa berlalu

hazizi plak tak nak dok diam..

yang lain² tu anak² anum... herrmm.. apsal aku leh lupa nak amik gambo husaini ek..


acunya dak adeeb yang beriya nak buat besday adeeb kat umah mak aku coz katanya kat umah mak long ramai budak².. ok, tengok ceria tak budak² ni

tapi besday boy ni masam jer.. atuk tak ada ek... cian dia


haaa.. ni la mama dak adeeb

jom amik picture dengan mama plak ye


adeeb potong kek dengan hazizi.. erk.. apsal hazizi plak.. hohoho.. coz depa berdua pun kongsi besday bulan yang sama..


hazizi request lagi amik gambo.. apa² je la ye hazizi..

utk in, adik, mak minah serta farah & adik²nya.. terima kasih sudi datang umah mak long raikan besday adeeb kat cni..

p/s: aku ni memang dah makin pelupa sekarang.. 30-Jun birthday husaini gak la.. cian dia sambut 1st besday maknya tak de.. kena keje kat Penang kot..

nanti aku wat entry lain utk husaini plak.. cian dia hari tu asyik berkepit dgn bapak dia patut la aku tak ingat nak amik gambo dia..

Thursday, June 14, 2012

mandi-manda di Lata Tebing Tinggi Selama Perak Part 2


ok jom layan lagi gambo kat lata tbg tinggi ni

kat atas tu sesi pujuk-memujuk yg ntah brp kali GAGAL.. huahahaa

bawah plak pic hazizi main pasir


pasangan bahagia.. yati & syafiq


dok melayan anak²


nenek gelakkan je dak yusri menangis nak mandi tapi takut.. abahnya pandang dgn geram..


air sg lata tebing tinggi.. jernihkan airnya


hazizi dok sebok bercerita ntah apa²









akhirnya mama dia berjaya pujuk yusri masuk dalam air



tapi.. still takut.. pujuk lagi...


hubby layan isyraf dgn kapal layar hasil buatan syafiq

hazizi dgn hal dia


hazizi cakap 'tgk jiji berenang'
yati gelak sakan.. mana taknya.. hazizi meniarap atas batu sambil kaki bergerak².. konon²nya dia tgh berenang..



akhirnya yusri masuk gak dalam air..

abahnya yusri plak melayan hazizi..
'abah ajar hazizi berenang ye'



achik syafiq layan isyraf buat kapal layar baru


ni la anak dara nani, farisya maisara namanya.. bln dpn baru setahun umurnya

mandi-manda di Lata Tebing Tinggi Selama Perak Part 1

keesokkan selepas kenduri pertunangan syuhada kami mandi-manda ke Lata Tebing Tinggi Selama Perak
ni kali ke-2 kami pergi sini.. asalnya nak g bukit merah tapi fikir² balik dari berhimpit² dgn org ramai coz masa tu cuti skolah.. dgn nak bayar setiap 1 kepala lagi.. baik x yah gi.. gi cni lagi best, free je
kalau kena bayar pun bayar parking RM 1.50.. Jom Layan gambo yg sempat aku snap

masa baru sampai..


nani tgh melayan anak daranya farisya


hazizi dibawa abi ketengah sungai.. achik syafiq plak nak menyakat, maklum la hazizi ni penakut sebenarnya


melayan anak² nani



lagi pic nani & farisya.. sampai kesejukkan si farisya..


nah lagi.. siap jilat air sg lagi si farisya ni


kali ni nani tgh memujuk anak sulungnya yusri yg baru bebrp hari lepas bersunat.. dia nak mandi sg gak tapi penakut.. coz takutkan bekas sunat tu kena air


sambil tu yati take over jaga farisya.. suka betul dia tgk air


achik syafiq plak layan isyraf bersama abi & hazizi.. mengada lebey nak berdukung plak dak hazizi


yusri malu coz aku amik gambo dia menangis kat tebing sg.. haha.. sib baik ateh xde, kalo x.. abis la ko kena sakat yusri


sesi memujuk oleh abahnya plak.. still x jalan


jom kita mandi lagi..

ok sambung lagi ke part 2

syuhada bertunang part 2


ni cite di hari pertunangan syuhada.. kali ni cite pasal hazizi plak

org bandar smp kg.. cam gini la gayanya.. abis dok main tanah..

mandi ntah brp kali aku pun x ingat, baju basah dek peluh


abis di letaknya tanah & pasir dalam palong yg pak ngah buat tadah air hujan
ni plak tgh melepak kat umah tok su, sebelah umah tok ngah dia..


hazizi bermain dgn bdk² kg.. kebykkannya 2 pupu dia gak.. ada incident berlaku selps tu.
dia ikut 2 pupu dia berlari ke blkg umah org.. 2 pupu dia dah suruh balik.. hazizi plak nak berkawan.. dia kejo la ngikut bdk² tu.. last² dia terjatuh blkg umah org.. sib baik tak masuk dalam parit.. dah la x tau berenang.. masa jatuh tu dia siap nangis.. panggil 2 pupu dia.. 'abg tunggu jiji.. abg tolong jiji'
haram bebdk tu nak tolong.. di tinggalkannya hazizi terjatuh..

sib baik gak aku tergerak hati mengikut mana dia pergi.. kalau tak, smp sudah kami x tau dia kemana..

syuhada bertunang part 1

citenya dah lama peram... semgu lebey.. ni baru nak posted, sepupu pd hubby aku bertunang pada 3hb Jun yg lepas, baru nak masuk 20 thn umurnya.. maknya pun baru 36 tahun..
mesti korang herankan.. mudanya mak dah nak dpt menantu.. org dulu² kawin awal beb
ok la x nak cite byk .. jom layan pic ni



sebelum tetamu dtg jom kira soru dulu

pak ngah tgh pening... anak sulung dh nak jadi bini org hjg tahun ni

antara menu² hari tu.. ayam masak merah specially prepared by maksyuhada sendiri, selain tu ada ikan masin, ikan goreng, keladi masak asam, ikan wadik (bahasa banjar), ulam²an (pucuk gajus, daun selom & jantung pisang rebus), sambal belacan & kerabu mangga


sebahagian brg² hantaran
kebykkan org bagi

sirih junjung digubah oleh adik ipar aku siti fatimah f.k.a. nani
adik ipar aku yati.. terpaksa crop jadi ½.. aa..aa..aa.. bkn cover perut kami tapi cover yati coz masa tu dia pakai baju lengan pendek ye.. sebelah ni anak dara nani yg buat sirih junjung tadi





ni la syuhada


rombongan lelaki baru tiba


perbincangan sedang berlangsung.. tarikh diijabkabulkan telah ditetapkan pada 28-Oct-2012


brg² hantaran pihak lelaki
syuhada bersama bakal mak mertuanya
asal tunangnya dari Pahang


moh punggah brg hantaran masuk van!!!



syuhada & tunangnya


yati & syafiq.. ntah apa yg diborak berdua.. agaknya cite pasal masa kecik² dok berkubang dalam parit kot.. ngeee


yati, syafiq & farisya.. mudah²an korang berdua dikurniakan zuriat juga hendak-Nya.. Amin


syuhada & kawan²nya hadir pada majlis pertunangan beliau

tahniah syuhada!!! semoga ikatan berkekalan hingga ke kiamat.. Amin