katanya sayang plak kalau x guna nanti daun rosak.. tapi xde org nak tolong dia buat bebotok
so, aku pun volunteer kan diri utk tlg mak buat bebotok
dkt kol 11am baru gi pasar cari bahan² lain.. berikut bahan² utk buat bebotok
Bahan² Ulaman
Pucuk Ubi
Pucuk Daun Betik
Bunga Betik
Daun Kesum
Daun Semangkuk
Daun Kari
Daun Selasih
Daun Kunyit
Pucuk Daun Mengkudu
Daun Kaduk
Daun Bebuas
Daun Cekur
Puding Teh
**Pucuk ubi diambil sedikit sahaja untuk menumis & lainnya utk kegunaan membungkus
Bawah ni rupa daun² spt dinyatakan diatas
cara mudah untuk memotong daun² yg kecil ialah dgn membungkus dgn daun yg besar spt gambar dibawah
potong semua daun² sehingga habis
Bahan² untuk menumis
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Serai
Kerisik
Santan Pekat
Garam
Ajinomoto
Serbuk Kari Ikan (mak guna jenama adabi je)
Air Asam Jawa
Bahan² Lain
Santan
Air
Minyak untuk menumis
Ikan
Daun Pisang (untuk membungkus)
Tali Rapia (untuk membungkus)
Cara² Membuat
Mula² blender halia, serai, bawang merah & bawang putih (tapis dulu supaya cepat sikit masa nak menumis tapi jgn dibuang airnya)
Panaskan minyak & tumis bahan² diatas sehingga naik bau
Selepas tu masukkan santan pekat, serbuk kari & air tapisan bahan tumis tadi sehingga terbit minyak
kemudian masukkan pula kerisik, garam, ajinomoto & air asam
Selepas tu masukkan pula daun² ulam yg dah siap di hiris kasar tadi
kacau supaya rempah & daun² mesra & terus tutup api
Kemudian layurkan daun pisang diatas api
Letakkan pucuk ubi yg diasingkan tadi diatas daun pisang & letakkan daun² yg siap ditumis diatasnya
kemudian letakkan ikan ditengah²
bungkuskan dgn daun pisang seperti gambar dibawah & ikat dgn tali rapia
buat sehingga habis kesemuanya
Sediakan periuk & susun bebotok yg dah siap dibungkus
masukkan pula santan cair, garam & ditambah air sehingga menutupi bebotok tersebut
& rebus selama 2½jam
ni la rupa bebotok yg sedia utk di MAKAN..
nota:
daun² ulam tadi tidak perlu ditumis lama cukup sekadar meratakan rempah² sahaja sbb lepas tu kita akan rebus bebotok tersebut selama 2½jam
resepi org johor.. tapi ada org johor yg cuma kukus shj.. ni resepi arwah tok dara kami.. resepinya rebus dgn santan.. lagi sedap rasanya.. nak pula makan dgn nasi panas.. ermm.. nyum²
oh ya!.. ni plak assistant aku.. si kakak mawaddah cakap " kakak suka tolong ummi"
best tolong ummi katanya lagi.. biasalah kakak dpt adik baru
mak sebok dgn adik baru, kakak boring la.. hahhaha
dah tu dtg plak lagi sorang assistant.. anak bujang aku pun sebok nak tolong
terima kasih anak² ummi coz tolong nenek buat bebotok.. muah!!!
No comments:
Post a Comment
titiplah komen anda disini