Abdul Samad Bin Ahmad, abang pada mak aku
dilahirkan pada 27-Jan-1945 bersamaan dengan 12-Safar-1364 (hari sabtu)
meninggal dunia pada 5-Dec-2006 bersamaan dengan 14-Zulkaedah-1427 pada usia 61 tahun
al-Fatihah untuk arwah Pak Samad
tapi ngape aku buat posting ni ek. haaa.. gini citenya.. ingat tak posting aku sebelum ni pasal b4 family gathering? aku tumpang umah mak mah.. mak mah ni balu pada allahyarham pak samad
nak cite sikit pasal arwah.. orangnya pendiam, suka dgn budak²
ingat dulu masa kami kecik² balik time raya.. bonet kete dia mesti ada bunga api
kalau anak buah berkumpul dia pun ajak la main bunga api
orangnya tak lokek.. tapi arwah pak samad & mak mah tak ada zuriat
jadi mereka ambil 2 orang anak angkat (sepasang)
arwah ni kalau buat kerja cermat betul, bayangkan kalau dia basuh pinggan
orang tak akan tau dia basuh pinggan coz tak ada 1 bunyi pun kedengaran
tak payah orang lain la.. aku sendiri pun basuh pinggan mesti berbunyi pinggan mangkuk
selain cermat orangnya, arwah juga berseni orangnya.. tak caya.. cuba tengok hasil seni khat ni yang sempat aku snap masa kat rumah arwah
ni tulisan jawi arwah
cantikkan
ni khat kat dalam bilik anak lelaki arwah
nampak bercahaya kan Allah & Muhammad Rasullullah
Bismillah diatas pintu bilik tidur utama
ayat di atas pintu masuk rumah bahagian dalam
lagi khat di bahagian parking kereta
kalau kita tengok direct tak nampak
bercahaya macam ni, bila dah diambil
gambar nampak cantik & bercahaya
Subhanallah
yang ni di tepi pintu masuk rumah
yang ni lagi tulisan jawi arwah
Bismillah ni pulak di atas ruang diantara ruang tamu & ruang makan
oh ya.. ukiran bunga tu arwah yang buat
cantikkan hasil seni arwah.. setakat ini tak ada lagi penganti dalam kerja seni beliau
aku ada last picture arwah & mak mah.. masa tu arwah menghadiri majlis kenduri kawin adik aku
nanti aku cuba cari gambar arwah di rumah mak
No comments:
Post a Comment
titiplah komen anda disini