Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always

Thursday, January 26, 2012

bertemu jua


alhamdulillah.. akhirnya bertemu juga aku dengan sanak saudara dari Keturunan Muhammad Salleh B. Perang
atau lebih dikenali sebagai Dato' Bentara Luar Johor

22-Jan-12 tarikh perjumpaan diadakan.. berikut ialah diantara gambar² yang sempat aku rakamkan

gambar atas salasilah keluarga yang telah disediakan oleh aunty abrizah.
manual ok..jenuh nak menampal
satu²

gambar bawah pula salasilah yang
disediakan oleh Tok Zabidi Noah
(yang ni guna software tapi tak
ingat apa namanya)

ni lagi gambar salasilah yang disediakan
oleh aunty Abrizah @ Aunty Ri
kami ingatkan kami yang lewat sampai coz majlis bermula pukul 9.00am ikut dalam jadual la.. tup² kami yang terawal selain AJK.. since kami terawal sampai.. jom setting kerusi meja & etc


 tetamu dah mula memenuhi ruang dewan komuniti pandan, kg pandan, johor bharu
 masing² kusyuk tengok salasilah yang ditampal didinding dewan


Oh no!! hazizi.. makan duduk kat kerusi la nak.. ni sudah lebih sampai duduk atas meja ;-p
 masing² tengah asyik berborak mengenali 1 sama lain

ada yang sedang membaca bahan² bacaan yang disediakan oleh AJK majlis

ada yang ambil breakfast & dll
 majlis dimulakan dengan tahlil diketuai oleh tok musa



sessi suai kenal oleh AJK serta dari generasi ke-3 DBL

kebetulan masa aku ambil gambar anak aku sibuk tiup buih sabun.. so berterbangan la buih² sabun semasa AJK tengah dok mengenalkan diri masing² :-)
1st, gambar aku dengan Aunty Aini Lajat.. comey putih melepak..

2nd, gambar aku dgn aunty Abrizah (Ri) yang buat salasilah keluarga

3rd, gambar aku dengan pangkat pupu aku Pn. Rosmah. mak cakap muka kami dah macam adik-beradik
sanak saudara dok semak salasilah keluarga

gambar sebahagian ahli keluarga yang hadir.. ada lagi yang ketinggalan kat dalam dewan

 lauk-pauk untuk nasi beriani
ayam masak merah, daging kurma, dalca, jelatah, agar², kek gulung, buah oren & tembikai
sanak saudara tengah Q untuk ambil lunch hari tu

mak tolong sendukkan nasi
ada plak sanak saudara ingat mak aku tukang masak / caterer..

mak cakap dalam ramai² ada la +/- 10 orang yang cakap terima kasih.. cian mak aku.. dengan kaki yang sakit masih lagi sibuk melayan sanak saudara.  mak cakap masa ni la nak kenal dengan saudara-mara.. betul gak kan
masing² tengah lepak² sambil berborak & mengenali diri masing²
budak².. herm dengan hal diaorg la.. ada diaorg kesah dengan parents diaorg..
oh ya.. ni tag nama kami.. thanks to Aunty Masuri yang bersusah payah buat tag ni



















Lepas lunch ramai yang beransur pulang sedangkan majlis tamat pukul 4.00pm
akhirnya menu petang laksa johor yang tak berapa nak johor tu pakat kena tapau je la
nasib baik hubby tolong belikan plastik.. kalau tak, memang terbuang je la 'laksa johor' tu

ok la sampai sini dulu coretan aku.. terima kasih yang tak terhingga kepada semua AJK (Aunty Abrizah, Aunty Masuri, Rosmah, Tok Zabidi, Pak Suratman, Pak Hamid & Tok Azizie Hashim - maaf kalau ada
nama yang tertinggal) yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ni.. hanya Allah swt yang dapat membalas jasa anda semua..  terima kasih sekali lagi.. lain kali berjumpa lagi.. insyaAllah

4 comments:

  1. Best !

    Foto2 menterjemahkan ...

    ReplyDelete
  2. salam. saya keturunan dari othman bin md salleh. cucu kepada nina bte othman. nenek saya mempnyai saudara kembar perempuan tapi saya lupa namanya. family berasal dari johor bahru, dan menetap dijohor bahru.

    ReplyDelete
  3. Salam puan ..saya bole saya dapatkan gambar salahsilah keluarga tak?

    ReplyDelete

titiplah komen anda disini