Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always

Tuesday, April 24, 2012

Cili Jeruk

herm.. lama plak rasa x hupdet cite kan.. tgh xde mood nak touch up pic
nanti lah tgu mood dtg balik.. btw, aku ada beberapa² resepi dari pak cik aku.. 
adik pada mak aku, mohd khalid bin ahmad namanya

Jom check cam ne nak buat cili jeruk.. mgkn ada yg dah tau mgkn ada sebaliknya kan
prosesnya sama kalau nak guna cili api
dulu² rajin gak aku tolong mak buat coz arwah ayah suka makan cili jeruk masa makan mee grg/bihun grg
aku x minat.. tapi resepi aku lagi simple tak cam resepi pakcik aku ni.. tapi tak salahkan guna pakai resepi dia.. 

moh check bahan² & cara² membuat kat bawah ni.. asyik membebel je ek

Resepi pakcik aku

Bahan²
2 cawan            Cili Hijau (potong serong)
1 cawan            Cuka
½ cawan           Gula
1 sudu makan    Garam

Cara² membuat
Rendam cili hijau yg siap dipotong tadi dalam air panas selama 2/3 minit
Kemudian toskan
Selepas itu masukkan cili tadi dalam bekas / botol
Masukkan pula gula, garam & cuka
Simpan dalam peti ais supaya tahan lama

Petua

 Jangan bilas cili dengan air sejuk selepas direndam dengan air panas.
Tindakan anda akan membuat cili tersebut berbuih

cara aku plak

Resepi aku plak paling sempoi. potong serong cili hijau, masukkan dalam bekas pas tu letak cuka.. dah siap.. mudah kan

Friday, April 20, 2012

Tempe masak gulai lemak cili api

Bahan²

Tempe (di potong² kiub or ikut suka la korang nak bentuk camne ye)
Udang basah
Santan Cair
Santan Pekat
Cili Api
Bawang Merah
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Ajinomoto (ikut suka, kalau nak letak & sebaliknya)

Cara² nak buat sama je cam resepi gulai lemak cili api kacang panjang/buncis tadi

Gulai Lemak Cili Api Kacang Panjang/Buncis



Bahan²

Kacang panjang / buncis (dipotong ± 1½")
Udang basah ** 
Santan Cair
Santan Pekat
Cili Api
Bawang Merah
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Ajinomoto (ikut suka, kalau nak letak & sebaliknya)

Bahan²

Tumbuk lumat bawang merah, cili api & serbuk kunyit
Satukan semua bahan² diatas dalam periuk kecuali santan pekat
Masak dengan api yang sederhana & sentiasa kacau supaya santan x pecah minyak
bila dah mengelegak, masukkan pula santan pekat..tutup api bila dah mengelegak lagi sekali



** Optional, kalau x nak guna udang boleh ganti dengan telur
cuma caranya masa santan dah menggelegak, korang pecahkan telur dalam sayur yg tgh masak
tapi jgn dikacau sgt nnt telur tu pecah plak

Nota:-

  • Santan pekat yg diperlukan sedikit sahaja
  • Semasa memasak, lauk ni dikacau dgn cara ceduk tuang kuahnya bukannya dengan cara kacau beria² (nnt hancur plak kacang & udang)
  • Kuahnya perlu dikacau supaya santan tu tak pecah minyak (ada org guna ayat supaya santan x berkepala)
  • pecah minyak ni maksudnya santan tu akan berketul² (ni pd yg x tau pecah minyak tu apa la kan)
  • Qty bahan² tu agak² sendiri la yer.. x reti la nak sukat² (mak x ajar pun.. kita tengok je cam ne mak buat)
  • kalo korang nak masak lemak ni nampak cam merah² skit kuahnya, korang tambah cili merah

Ikan bakar berkuah santan


Bahan²

Ikan Pari (dibakar)
Kelapa (diambil santan menggunakan air suam² kuku)
Cili api (*)
Bawang merah (*)
Garam secukup rasa (*)
Limau nipis (ambil jusnya)

(*) ditumbuk

Cara² membuat

Ikan pari yang dah dibakar diletakkan dalam mangkuk.  Kemudian masukkan santan, bahan² tumbuk serta jus limau nipis dalam mangkuk yg sama. Gaul rata.. dah sedia untuk di ngap!!!

Nota

Resepi ni paling enak dimakan masa baru dibuat & dihabiskan masa itu juga kerana lauk ni seumpama cam kerabu, x perlu direneh / tenggek kat dapur.. 

Selain ikan pari, ikan keli & talapia pun sedap gak.. cer cuba.. senang je nak buat

Sambal Udang Galah


Bahan²

Udang galah

Bahan² diblender  
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Belacan (ikut suka)

Sedikit santan pekat Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto (ikut suka)

Bawang merah (dibelah 6)

  
Cara² membuat

Tumis bahan² yg dikisar sehingga naik minyak
Kemudian masukkan udang galah
Bila udang dah agak ½ masak, masukkan santan pekat dan bawang merah yg dibelah 6
Kacau rata & tunggu udang masak (kejap je x lama pun nak tgu udang masak)


Nota:-

Kebanyakkan sambal resepi mak aku ni  byk menggunakan santan pekat
Tetapi bukanlah byk macam nak buat gulai cukup secukup rasa je ± dlm  ½ cawan je

Kenangan lalu

bila cite pasal udang galah, aku akan teringat kat arwah ayah aku Allahyarham Ahmad Anuar B. Mohd Darus
arwah ayah aku kaki pancing.. peberet dia pancing udang galah.. pas tu lokasi dia kat lubuk udang galah.. tempat yg selalu arwah pergi ke Nenasi.. x main la udang kolam.. fresh Oooo. sekrg ni dah xde dah nak dpt udang fresh kecuali kuar duit beli kat pasar.. huhhuhu

Al-Fatihah buat ayahanda ku.. 

Kari Ikan

Bahan²

Ikan (x kisah la ikan apa yg sedap kat tekak ☻)
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Serbuk kari Ikan (ktorg biasa guna jenama adabi je)
Daun Kari
Sayur Kobis (potong kasar)
Kacang Panjang (potong dalam 1½")
Santan Pekat
Santan Cair
Air asam
Garam secukup rasa
Serbuk perisa (kalau suka, aku x suka.. kalo guna pun hjg² sudu je)

* blender

Cara² nak masak kat cni ye

mula² panaskan minyak.. ikan di goreng ½ masak, angkat & tepikan
dalam minyak yg sama tumis bahan² yg diblender (*) sehingga terbit minyak
kemudian masukkan serbuk kari (♦) , tumis lagi sehingga terbit minyak
masukkan pula daun kari, ikan yg digoreng, garam, serbuk perisa, air asam serta santan cair
bila dah menggelegak masukkan kobis & kacang panjang serta santan pekat
masak hingga menggelegak sekali lagi.. lepas tu tutup api.. dah siap

masa makan kari ni kalo diiringi dgn sambal belacan pun sodap!!!

info.
kalau x nak santan pecah minyak, kacau² kan kuah masa memasak tapi bukanlah
kacau sampai hancur isi ikan.. kacau ala² manja g2. hehehe

selain kobis & kacang panjang, boleh guna terung serta sayur²an lain

(♦) serbuk kari ikut suka samada nak bancuh dengan air dulu or lebuh je terus masa nak masak
perbezaannya cuma lambat & cepat terbit minyak.. kalau dibancuh lambat la skit berbanding korang lebuh je

Daging Masak Hitam


Bahan² (A) * Perap sekurang-kurangnya 2 jam

1kg                  Daging lembu (batang pinang)
1 cawan           Kicap Masin                                        
1 sudu             Cuka

Bahan² (B) * blender

20 biji              Cili kering                                           
1 sudu makan  Gula

Bahan² (C) * blender

3 biji                Bawang merah yg besar
4 ulas               Bawang putih                                    
3 inci               Halia
6 batang          Serai


1 cawan           Minyak untuk menumis

Cara² membuat: -

 Panaskan minyak, tumiskan bahan² C sehingga naik bau kemudian masukkan bahan² B tumis lagi hingga naik minyak.  Selepas itu masukkan bahan² A kacau rata dan perlahan api.  Masak sehingga kuah hampir kering.

Nota:  Garam tak diperlukan dalam masakan ini kerana sudah ada kicap