Bahan²
Ikan (x kisah la ikan apa yg sedap kat tekak ☻)
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Serbuk kari Ikan (ktorg biasa guna jenama adabi je)
Daun Kari
Sayur Kobis (potong kasar)
Kacang Panjang (potong dalam 1½")
Santan Pekat
Santan Cair
Air asam
Garam secukup rasa
Serbuk perisa (kalau suka, aku x suka.. kalo guna pun hjg² sudu je)
* blender
Cara² nak masak kat cni ye
mula² panaskan minyak.. ikan di goreng ½ masak, angkat & tepikan
dalam minyak yg sama tumis bahan² yg diblender (*) sehingga terbit minyak
kemudian masukkan serbuk kari (♦) , tumis lagi sehingga terbit minyak
masukkan pula daun kari, ikan yg digoreng, garam, serbuk perisa, air asam serta santan cair
bila dah menggelegak masukkan kobis & kacang panjang serta santan pekat
masak hingga menggelegak sekali lagi.. lepas tu tutup api.. dah siap
masa makan kari ni kalo diiringi dgn sambal belacan pun sodap!!!
info.
kalau x nak santan pecah minyak, kacau² kan kuah masa memasak tapi bukanlah
kacau sampai hancur isi ikan.. kacau ala² manja g2. hehehe
selain kobis & kacang panjang, boleh guna terung serta sayur²an lain
(♦) serbuk kari ikut suka samada nak bancuh dengan air dulu or lebuh je terus masa nak masak
perbezaannya cuma lambat & cepat terbit minyak.. kalau dibancuh lambat la skit berbanding korang lebuh je
No comments:
Post a Comment
titiplah komen anda disini