Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always

Friday, April 20, 2012

Gulai Lemak Cili Api Kacang Panjang/Buncis



Bahan²

Kacang panjang / buncis (dipotong ± 1½")
Udang basah ** 
Santan Cair
Santan Pekat
Cili Api
Bawang Merah
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Ajinomoto (ikut suka, kalau nak letak & sebaliknya)

Bahan²

Tumbuk lumat bawang merah, cili api & serbuk kunyit
Satukan semua bahan² diatas dalam periuk kecuali santan pekat
Masak dengan api yang sederhana & sentiasa kacau supaya santan x pecah minyak
bila dah mengelegak, masukkan pula santan pekat..tutup api bila dah mengelegak lagi sekali



** Optional, kalau x nak guna udang boleh ganti dengan telur
cuma caranya masa santan dah menggelegak, korang pecahkan telur dalam sayur yg tgh masak
tapi jgn dikacau sgt nnt telur tu pecah plak

Nota:-

  • Santan pekat yg diperlukan sedikit sahaja
  • Semasa memasak, lauk ni dikacau dgn cara ceduk tuang kuahnya bukannya dengan cara kacau beria² (nnt hancur plak kacang & udang)
  • Kuahnya perlu dikacau supaya santan tu tak pecah minyak (ada org guna ayat supaya santan x berkepala)
  • pecah minyak ni maksudnya santan tu akan berketul² (ni pd yg x tau pecah minyak tu apa la kan)
  • Qty bahan² tu agak² sendiri la yer.. x reti la nak sukat² (mak x ajar pun.. kita tengok je cam ne mak buat)
  • kalo korang nak masak lemak ni nampak cam merah² skit kuahnya, korang tambah cili merah

No comments:

Post a Comment

titiplah komen anda disini