Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always

Tuesday, April 24, 2012

Cili Jeruk

herm.. lama plak rasa x hupdet cite kan.. tgh xde mood nak touch up pic
nanti lah tgu mood dtg balik.. btw, aku ada beberapa² resepi dari pak cik aku.. 
adik pada mak aku, mohd khalid bin ahmad namanya

Jom check cam ne nak buat cili jeruk.. mgkn ada yg dah tau mgkn ada sebaliknya kan
prosesnya sama kalau nak guna cili api
dulu² rajin gak aku tolong mak buat coz arwah ayah suka makan cili jeruk masa makan mee grg/bihun grg
aku x minat.. tapi resepi aku lagi simple tak cam resepi pakcik aku ni.. tapi tak salahkan guna pakai resepi dia.. 

moh check bahan² & cara² membuat kat bawah ni.. asyik membebel je ek

Resepi pakcik aku

Bahan²
2 cawan            Cili Hijau (potong serong)
1 cawan            Cuka
½ cawan           Gula
1 sudu makan    Garam

Cara² membuat
Rendam cili hijau yg siap dipotong tadi dalam air panas selama 2/3 minit
Kemudian toskan
Selepas itu masukkan cili tadi dalam bekas / botol
Masukkan pula gula, garam & cuka
Simpan dalam peti ais supaya tahan lama

Petua

 Jangan bilas cili dengan air sejuk selepas direndam dengan air panas.
Tindakan anda akan membuat cili tersebut berbuih

cara aku plak

Resepi aku plak paling sempoi. potong serong cili hijau, masukkan dalam bekas pas tu letak cuka.. dah siap.. mudah kan

No comments:

Post a Comment

titiplah komen anda disini