bila teringat resepi² sempoi yang aku post semlm aku teringat
1 2 lagi resepi nasi goreng malas
apsal namanya malas plak ek?? citenya gini
dulu masa aku sekolah rendah.. mak xde umah coz ikut arwah ayah ke sabak bernam / tg karang amik
stok kelapa & pisang.. btw, arwah ayah aku dulu pajak kebun org
pas tu arwah akan jual pisang & kelapa dalam lori.. arwah akan bawak lori dalam kawasan flat askar
arwah senang masuk kem askar coz dia bekas askar.. ok berbalik pada cite aku tadi
bila balik sekolah, kalau aku jemu makan nasi putih aku buat nasi goreng.. paling sempoi
nak tau apa bahan²nya.. jom check cni
nasi goreng malas 1
bahan²
nasi putih sejuk (*)
bawang merah (dihiris)
kacang panjang di potong pendek
garam secukup rasa (*)
cara² membuat
panaskan minyak, tumis bawang sampai layu & naik wangi
pas tu masukkan kacang panjang, goreng sampai agak² layu skit
dah tu masukkan nasi bergaram.. kacau rata dah siap
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
nasi goreng malas 2
bahan²
nasi putih sejuk (*)
bawang merah (dihiris)
telur (ikut kuantiti nasi)
sos cili
kicap masin
garam secukup rasa (*)
cara² membuat
panaskan minyak, tumis bawang sampai layu & naik wangi
kemudian pecahkan telur & pada masa yg sama hancurkan terus telur tu
dah agak² masak telur tu masukkan nasi sejuk bergaram, sos cili & kicap masin
kalau rata.. dah siap..
p/s: * sebelum goreng nasi ramaskan dengan garam, jadi bila masak x perlu nak ratakan garam lagi
amacam.. senang tak nak buat. nasi goreng ni.. cam ni pun dah kira sedap kat tekak aku dulu²
sekrg ni aku x tau la.. hehehe.. kalau ada yg malas x tau nak masak apa.. cuba je la resepi gila² aku ni ye
wakaka.. tapi selama aku buat dulu, xde la smp sakit perut aku makan.. hehhe