Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always

Friday, April 20, 2012

Asam tumis


Bahan²

Ikan (ikut suka jenis apa) [digoreng terlebih dahulu] 

Bahan² blender A

Bawang merah
Bawang putih
Halia

Bahan² blender B

Cili kering


Bahan² lain

Daun kesum
Kobis Jeruk
Air asam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto (kalau suka)

Cara² membuat

Tumis bahan² blender A sehingga naik minyak
Kemudian masukkan bahan blender B & tumis lagi sehingga naik minyak
Selepas itu masukkan daun kesum, air asam, ikan, bahan² perasa
Tutup api selepas menggelegak

Info.

Tujuan menggoreng ikan terlebih dahulu ialah supaya ikan itu x mudah
hancur masa kita masak.  Bau hanyir ikan pun x de

selain dari menggunakan Kobis Jeruk, kita boleh gantikan dgn kacang bendi

Thursday, April 19, 2012

Ooppss tertinggal 1

selain sambal bilis bubur nasi aku suka gak makan kacang tanah & bilis goreng je dengan bubur nasi

ala sempoi je.. x yah pening²..

Kacang Tanah & Bilis Goreng penyedap rasa..

Bahan²
Ikan bilis
Kacang tanah
Bawang merah (potong bulat kasar)
Cili Api

Cara² nak buat memang sempoi

mula² goreng kacang tanah, dah masak angkat & letak tepi
pas tu goreng ikan bilis plak.. dah agak² garing korang lebuh bawang merah, cili api & kacang tanah
yang dah goreng tadi.. gaul rata, angkat & tapis minyak.. dah siap.. sempoi kan.. hehehe

Sardin Roll

ni resepi aku sendiri.. lama x buat..  try je la ek
aku penah posted resepi ni dulu kat family forum kami yg dh lama berkubur.. huhuhu


1 buku roti sandwich yg besar 

Bahan² A 
1 tin sardin sederhana besar (selalu guna cap ayam) 
2 biji bawang besar (dipotong/dihiris jgn terlalu nipis) 
2 biji cili merah (dipotong) 
5 biji cili api (dipotong) [**kalau suka/nak pedas] 
1 biji perahan air limau nipis 
garam secukup rasa 
ajinomoto (kalau suka) 

Bahan B 
1 sudu makan tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (bancuh adunan agak² dlm sederhana pekat) 

Bahan C 
5 biji telur dipukul dgn sedikit garam 

[* kalau x cukup + la sendiri ikut brp byk kuantiti roti yg tinggal) 


Cara² membuat 

- Hancurkan sardin serta satukan Bahan² A dan gaul rata 
- Canai/gelek roti 
- Kemudian letak inti sardin 1 hujung roti 
- Gulungkan roti 
- Sapukan Bahan B dipenghujung gulungan (utk gamkan roti tu) 
- Buat sehingga roti habis 

- Panaskan minyak dlm kuali 
- Celupkan roti dlm telur yg dah dipukul tadi 
- Kemudian goreng sehingga kekuningan 
- Siap utk dimakan 

Info 

1) Inti sardin ni juga boleh digunakan utk buat roti canai sardin 
tapi truly nak bagitau kita x pandai nak uli tepung roti canai he he he 
selalu tlg mak buatkan inti jer .. Laughing 

2) Tujuan kita canai/gelek roti tersebut ialah supaya masa kita goreng roti tu nnt x lah serap minyak sgt

menu sampingan bubur nasi

korang penah makan bubur nasi? selalunya korang makan dengan apa?
kalo aku dulu, bila xde selera kicap masin kosong pun jadi lah
tapi kali ni aku nak share resepi sambal bilis bubur nasi
jom check resepi

sambal bilis bubur nasi

Bahan²

Ikan Bilis
Cili merah
Bawang merah
Garam (skit je sebab ikan bilis dah masin)

Cara² membuat

Mula² goreng ikan bilis & asingkan. Tutup api, sementara minyak masih panas 'lebuh' je
cili merah jap.. hati² ye cili ni meletup² nanti.. jap je masukkan pas tu angkat.  kemudian tumbuk
cili merah & bawang merah, agak² dah hancur kasar.. masukkan ikan bilis & garam.  tumbuk lagi
jgn sampai lumat bilis tu.. dah siap utk dimakan dgn bubur nasi.

info

kalo korang rasa nak pedas terangkat korang boleh tambah cili api.

tapi aku ada sorang buddy yg x makan cili even sos cili.. hermm.. agak² boleh ke resepi ni diolah guna tomato... erk!!!.. u know who u are.. jgn marah ek

Wednesday, April 18, 2012

menu recycle

hari ni aku nak cite pasal menu recycle.. ni kisah dulu² gak, arwah ayah pengemar ikan masak lemak cili api


ok berbalik pada cite menu recycle.. kat umah mak aku lauk yg dimasak mmg jarang dibawak keesokkan harinya.. kalo ada ikan masak lemak cili api ni, selalunya akan jadi lauk recycle la..

camne jadi recyle? moh aku cite skit





kalo ada belen² lauk ni.. selalunya aku akan panaskan balik tapi guna api yg kecik.. aku perangatkan sampai kering .. pada masa yg sama, aku buangkan sekali tulang² ikan.. masa ni isi ikan dah memang hancur la.. so, mmg senang sgt² nak buang tulang² ikan tu.. panaskan smp betul² kering.. lauk ikan masak lemak cili api dah pun jd serunding ikan..
letak nasi panas dalam pinggan.. dah tu apa lagi makan la.. apa mau tunggu.. sedap wei.. korang x caya... cer try.. ikan ni x kisah la ikan jenis apa.. asal ikan masak lemak cili api..


Ooppss.. gambo ni bkn lauk aku masak.. pinjam jerk dari tenet. thx kat Mr. G & owner gambo



Gara² hazizi nak adik

yup.. gara² hazizi cakap nak adik.. mata aku pun dah menggong.. apsal ek?
ok cam ni.. semlm kan aku cite pasal hazizi 1st @ new taska kan.. so, aku tempek gambo ni..

citenya sangkut paut dgn gambo ni la
masa mula² aku kuarkan lipatan paper ni dari beg hazizi
aku nampak gambar belon & bentuk oval
agak² korang apa dlm kepala otak korang sekrg??

aku leh terbaca.. oval tu ovum.. bentuk belon tu cam sperma.. dalam hati aku.. alamak x kan org taska ajor hazizi mende² cam ni !!!.. hazizi kan kecik lagi..

sekali bila aku bukak abis.. baru la nmpk yg sebenarnya.. hahhaha.. udah la titik tu bergaris & bercantum 1 sama lain..
haru betul.. hahaha

Tuesday, April 17, 2012

nasi goreng malas

bila teringat resepi² sempoi yang aku post semlm aku teringat 1 2 lagi resepi nasi goreng malas
apsal namanya malas plak ek?? citenya gini

dulu masa aku sekolah rendah.. mak xde umah coz ikut arwah ayah ke sabak bernam / tg karang amik
stok kelapa & pisang.. btw, arwah ayah aku dulu pajak kebun org
pas tu arwah akan jual pisang & kelapa dalam lori.. arwah akan bawak lori dalam kawasan flat askar
arwah senang masuk kem askar coz dia bekas askar.. ok berbalik pada cite aku tadi
bila balik sekolah, kalau aku jemu makan nasi putih aku buat nasi goreng.. paling sempoi
nak tau apa bahan²nya.. jom check cni

nasi goreng malas 1

bahan²

nasi putih sejuk (*)
bawang merah (dihiris)
kacang panjang di potong pendek
garam secukup rasa (*)

cara² membuat

panaskan minyak, tumis bawang sampai layu & naik wangi
pas tu masukkan kacang panjang, goreng sampai agak² layu skit
dah tu masukkan nasi bergaram.. kacau rata dah siap

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

nasi goreng malas 2

bahan²

nasi putih sejuk (*)
bawang merah (dihiris)
telur (ikut kuantiti nasi)
sos cili
kicap masin
garam secukup rasa (*)

cara² membuat

panaskan minyak, tumis bawang sampai layu & naik wangi
kemudian pecahkan telur & pada masa yg sama hancurkan terus telur tu
dah agak² masak telur tu masukkan nasi sejuk bergaram, sos cili & kicap masin
kalau rata.. dah siap..

p/s: * sebelum goreng nasi ramaskan dengan garam, jadi bila masak x perlu nak ratakan garam lagi

amacam.. senang tak nak buat. nasi goreng ni.. cam ni pun dah kira sedap kat tekak aku dulu²
sekrg ni aku x tau la.. hehehe.. kalau ada yg malas x tau nak masak apa.. cuba je la resepi gila² aku ni ye
wakaka.. tapi selama aku buat dulu, xde la smp sakit perut aku makan.. hehhe