Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always

Sunday, May 22, 2011

akhirnya....

akhirnya aku dpt gak bwk mak g cuti².. sempena hari ibu
baru² ni aku ada dpt email pasal hari ibu.. tp bg aku, selagi kita sambut secara yg betul
insyaAllah niat kita diterima oleh-Nya.. Amin

ni plak pic permata hati kami yg sebok nak mandi kolam tp penakut dgn air


finally hazizi berani gak gi tgh kolam sorang².. tp jap je. pastu berkepit lagi dgn abi 


yeay!!! berjaya.. konon nyer la

abi kena tolak dek ombak.. anak plak ketakutan.. huhuhu

best!!!! 

mentari terbenam...

@ BBQ 

ni je gambo aku yg ada.. hahhaha.. 
asyik sebok amik gambo hazizi & abi.. gambo sendiri pun x byk 


Thursday, May 19, 2011

Sambal Sardin

Bahan²

Sardin (selalunya kami guna sardin cap ayam, yg lain cam kureng je rasanya)

Cili kering
bawang merah blender sekali
bawang putih

sedikit air asam
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit bawang belah 4/6 (ikut suka)


Cara² membuat

Mula² goreng ikan sardin (asingkan sosnya terlebih dahulu) dgn sedikit minyak. Lepas garing / agak² hilang rasa hanyir angkat & ketepikan. (** TUTUP KUALI, KALAU X DAPUR JADI CAM KENA BOM ATOM)

Kemudian guna minyak yg sama & + minyak utk menumis cili kering yg dh dblender dgn bawang. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit gula, garam, air asam, bawang merah yg tlh dbelah 4/6 (kalau suka), ikan sardin serta sos ikan sardin. Kacau rata & tunggu hingga mendidih. Sedia utk dimkn.... he he he... SELAMAT MENCUBA

Mee Kari

ni resepi aku sendiri.. cubalah ek



Bahan A (dikisar)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Bunga Lawang

Bahan B (dikisar)
Cili kering

Bahan C
Serbuk kari (dibancuh dgn sedikit air)

Bahan D
Serai (dititik/diketuk² skit)
Daun kari
Ayam (dipotong kecil)
Daging (dipotong kecil)
Kerang (direbus)
Fish ball
Fish cake

Bahan E
Tauhu kering (dipotong²)
Santan cair
Santan pekat
Garam secukup rasa
Ajinomoto (** kalau x nak letak pun x pe)

Bahan F (dicelur)
Sawi
Tauge

Bahan G
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Cili merah (dipotong)
Telur (direbus)

Mee kuning

Cara² membuat

Tumis bahan A sehingga wangi. Selepas itu masukkan bahan B, tumis lagi sehingga naik minyak. Masukkan pula serbuk kari, tumis lagi sehingga naik minyak. Masukkan pula bahan² D, bila agak² bahan tu dah ½ masak masukkan santan cair. Kacau & pastikan santan tidak pecah minyak. Bila dah mengelegak masukkan garam, ajinomoto, tauhu kering & santan pekat. Tutup api bila kuah dah mengelegak lagi sekali

Masukkan mee dalam mangkuk, taburkan bahan F & G & akhir sekali tuangkan kuah diatas mee.

Info


Bagi yang tidak menyukai mee kuning, boleh juga digantikan dgn bihun (celur dahulu) atau kuew teow

Tempe Goreng Tepung

Bahan²

Tepung gandum
Sedikit tepung beras
Cili kering (diblender sikit je dlm anggaran 2 sudu mkn)
Bawang Merah
Jintan Manis
1 biji Telur
Garam secukup rasa

Tempe

Sedikit Air

Cara² membuat

Blender cili kering, bawang merah, jintan manis, telur & garam
Masukkan kedua² tepung dlm mangkuk
Buatkan lubang ditengah.. masukkan bahan² blender
Gaul sambil masukkan air sedikit demi sedikit
Adun adunan agak² sederhana kepekatannya

Panaskan minyak
Bila minyak dah panas, masukkan tempe yang sudah dicelup dlm
adunan tepung tadi
Goreng sehingga tepung agak masak (nak agak tepung kekuningan
x leh la kan sebab kita letak cili kering, so tepung tu dah tentu
warna merah.. he he he)

Enak dijadikan sebagai sarapan pagi / petang

Info

Kalau guna tempe yg dibungkus dlm daun.. just potong 2 je
tapi kalau guna tempe dlm peket plastik tu, kena potong
nipis skit la coz kalau tebal sgt rasanya pun kureng skit

Nasi Goreng Burger

Bahan²

Nasi putih
Daging burger lembu
Cili masak (ptg memjg)
Cili api (hiris halus)
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Halia (potong memjg)
Daun Sup (dipotong)
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara² membuat


Panaskan sedikit minyak & masukkan daging burger. Sambil memasak burger tu hancur²kan daging dgn menggunakan sudip. Selepas daging burger ½ masak, ketepikan je dlm kuali. Dalam kuali yg sama tumis bwg merah, bwg putih, cili masak, cili api & halia sehingga naik bau.

Kemudian gaul sekali dengan daging burger tadi & masukkan nasi putih serta garam secukup rasa. Sebelum angkat masukkan daun sup & gaul rata.

Sedia utk dihidang.

Nota:

Kalau parents yg ada anak kecil, x perlulah masukkan cili api.
Resepi ni mak aku masak kalau dah x tau nak makan apa Laughing
Tapi sekiranya ada nak + sayur²an spt kobis, sayur + & etc boleh jugak
Kuantiti bahan² ikut kehendak sendiri la yea

Tips

Kalau nak garam tu rata dgn nasi, caranya mudah je
masa nak ramas nasi putih tu, ambik garam secukup rasa
& ramas serta gaul sekali dgn nasi putih.. jadi masa nak masukkan
nasi dlm kuali tu x perlu la nak masukkan garam kemudian.

Tuesday, May 17, 2011

terserempak dgn accident

lps balik dari bukit tinggi, kami singgah umah mak mertua jap
pas tu terus balik umah.. on the way balik kat h/way plus seblm simpang Y ke NKVE
kami terserempak dgn accident.. rasanya baru lagi coz jln baru nak jem
kalo tgk dr keadaan motor & kete, rasanya org yg bwk motor ni x selamat..
ni je pic yg sempat amik tadi.. x sempat nak snap full pic of motor dia coz terlindung dgn ahli² bomba

ni pic dari jauh, jln dah nak start jem


polis peronda baru sampai




tgk la keadaan kete & motor ni

Saturday, May 14, 2011

sup ayam

hari ni hubby request nak makan mee sup utk lunch..
so, ni la cara²nya.. style aku sendiri.. hehhehe
layan..

mula² rebus ayam dlm ½ jam gitu
 sementara tgu ayam direbus, amik 1 sudu perencah sup & 1 sudu rempah kurma

blender sekali dgn sedikit halia, bawang putih & bawang merah
masukkan bahan yang diblender tadi dalam rebusan ayam
* aku selalu potong dulu halia & bawang², bukan apa bagi panjang sikit jangka hayat blender*
 masukkan pula sup bunjut, biarkan mengelak
 sementara tu, hiris bawang merah utk dijadikan bawang goreng
& daun sup sebagai penambah perisa serta hiasan sup nanti

 masukkan pula kentang yg dipotong 4, tambah air panas jika air dah kurang
masukkan pula skit je ajinomoto & garam
 serta kuib pati ayam...
pastu aku panggil le org yg dok request mee sup ni utk rasa.. hehehhe
 biarkan lagi atas dapur
sementara tu basuh mee kuning & toskan
 lepas tu panaskan kuali dgn sedikit minyak
gorengkan bawang merah yg dihiris tadi smp garing

 dah garing terus masukkan dlm sup & masukkan skit je minyak goreng bawang tadi
kemudian masukkan pula daun sup..
 waalaaa.. dah siap lunch kami utk 3 beranak
tgk la hazizi dok hirup sup.. slurppp

hajat hati nak wat sambal kicap tapi aku sorang je mkn pedas..
x berbaloi nak buat rasanya.. so, mee sup utk aku ada sos cili


since sup ayam tu aku wat byk, jadilah lauk utk wat mkn mlm
sempoi je lauk mkn mlm kami
sekeping ikan merah goreng, aku belah jadi 2.. tup² bila dah goreng dpt bentuk love plak 1 bhgn..
hehhee.. + sayur kubis goreng dgn telur..


rajinnya anak ummi & abi ni


hari ni hazizi tlg kami kemas umah.. 

tgk la permata hati kami tgh vakuum umah
pakai pampers jerk.. ngeh3



 abis smp blkg dia vakuum




terima kasih hazizi.. muaahhhh

Thursday, May 12, 2011

Hari ni

hari ni aku x de idea nak cite.. sebok dok touch-up2 blog ni
korang rasa ok ke blog aku nih? ce cite ce cite

Wednesday, May 11, 2011

petua hilang /kurangkan batuk

petua ni aku dpt dari pakcik aku (pak khalid).. masa aku pregnant dulu batuk teruk gak
so, pakcik aku bagi petua minum air kembang semangkuk.  Kembang semangkuk ini asalnya 
hanyalah biji. Tapi bila direndam, ianya akan kembang dan mengeluarkan sejenis bahan yang
dipercayai dapat menyembuhkan sakit tekak dan demam.

Bahan²

2/3 biji kembang semangkuk (cuci bersih)
2/3 biji gula batu (kurangkan jika ada kencing manis)
air panas


Cara²

Mula² rendamkan biji kembang semangkuk & gula batu dgn air panas dlm mug.
Tutup mug, bila air dh suam.. minum air tersebut dgn isi biji kembang semangkuk.
bijinya x payah la telan yerr..


ni pic biji kembang semangkuk bagi yg x kenal rupanya
mudah didapati dipasaraya



kalau nak tambah biji selasih pun boleh.. 


senangkan nak buat.. x susah pun

cubalah insyaAllah.. batuk akan kurang/hilang dgn sendirinya

Tuesday, May 10, 2011

HUTANG


Hari ni aku dpt email ni dari seorg kawan.. just wanna share it

KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.
Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.
Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramai peminjam enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta dan syarikat mereka hingga ada yang lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu membayar hutang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Minggu ini, sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi, ada individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana sabda Rasulullah: “Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 2/83)

Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214)

Ada juga dalam sebuah hadis lain, ertinya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kekufuran dan hutang.” Mendengar itu, seseorang bertanya, “Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang, wahai Rasulullah?” “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat An-Nasaie, 2/316; Ahmad 3/38; Al-Hakim berkata sahih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani: Dhoif)

Ini jelas aktiviti berhutang kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.

Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan. Ia seperti berikut:

1. Kad kredit: Jauhkan diri daripada menggunakan kad kredit. Selain isu riba yang hampir dengan kad kredit, ia menggalakkan hutang secara berlebihan. Malah, jika seseorang ingin menggunakannya, dinasihatkan supaya digunakan untuk memudahkan urusan pada saat yang benar-benar terdesak. Adalah lebih baik menggunakan ‘charge card’ atau ‘debit card’ saja. Jauhkan diri daripada ketagihan penggunaan kad kredit.

2. Pinjaman peribadi: Ini satu lagi produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari, seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional diharamkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini, ada beberapa bank Islam dan perbankan Islam menawarkan pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.

Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep ‘bai inah’ (jual dan beli semula antara dua pihak sama). Konsep ini sangat kontroversi dan ditolak kebanyakan ulama Timur Tengah, namun ia diterima ulama Malaysia dan Brunei.

Apapun, kebiasaannya kadar dikenakan tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang sangat mendesak perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

3. Perumahan dan kereta: Dua item ini mungkin keperluan asas bagi kebanyakan individu. Bagi saya, seelok-eloknya hutang peribadi kita dihadkan kepada dua jenis ini saja. Itupun mesti menilai kemampuan kewangan dengan sebaik-baiknya supaya tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional disepakati haram oleh seluruh ulama dunia.

4. Umrah dan haji sunat (kali kedua): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanya sekali. Justeru, umat Islam perlu memahami keutamaan atau ‘awlawiyyat’ di dalam pengendalian wang peribadi.

Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukkan untuk ke umrah dan haji kali kedua lebih baik dan besar pahalanya jika disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi.

Malangnya, ketidakfahaman umat Islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.


Sampaikan kepada sesiapa yang belum mengetahui atau sahaja tak nak ambil tahu.....


Monday, May 9, 2011

hari ibu

08.05.2011, semlm hari ibu.. ingat nak bwk mak jln²
tapi pak cik aku (pak khalid) adik pd mak aku dh "kidnap" mak awal² lagi
on the way blk umah mak, aku kol mak.. mak cakap baru smp
ingatkan pakcik aku ada lagi, leh ajak dia sekali gi mkn²
tup² tgk dia dah balik la plak..

so, aku bwk mak mkn² kat restoran pak tam @ stadium selayang
dh x brp best la rasa makanan kt c2.. herrmm
lain kali ye mak.. kita mkn tmpt lain ke or kita gi jln² ke..

cian mak, dah makin tua.. tp x cukup rehat..

apa tandanya!!

ptg semlm hazizi bosan coz abi dia tdo jer...  tetiba dia hisap ibu jari kaki dia
haa.. tgk nih.. tp jap je


bila bosan melanda.. apa lagi.. abi jadi mangsa..


yeahh!!! gusti abi.. tp abi... errrmm.. still tdo lagi.. 
cian hazizi.. 


sambal bilis utk bubur nasi

haaaa.. selalu org mkn bubur nasi kalau paling simple dgn kicap & ikan bilis goreng kan
ada gak yg letak telur asin la lobak asin la & etc
nah ni simple resepi mak aku.. x susah pun nak buat..

Bahan²

Ikan bilis (goreng)
Cili merah (x perlu potong)
Bawang merah
Garam [sedikit sahaja sebab ikan bilis dah masin]

Cara² membuat

Mula
² goreng ikan bilis, dah masak asingkan. Guna minyak yg sama, masukkan cili merah goreng agak² layu shj
kemudian tumbuk cili merah tadi bersama bawang merah sehingga lumat
selepas tu masuk ikan bilis & garam. tumbuk lagi tapi jgn lumat sgt
sedia utk dimakan bersama dgn bubur nasi

Info

kalau nak lebih pedas + cili api.. caranya sama, goreng agak² layu shj tanpa potong cili tersebut
jgn terlalu lama goreng cili sebab kalau terlajak goreng, cili tersebut akan meletup²

kuantiti bahan² diatas bergantung pd kuantiti bubur nasi


SELAMAT MENCUBA!!!

KERABU MANGGA

BAHAN-BAHAN

3 Mangga mengkal (dipotong memanjang (halus))
3 mangga muda (dipotong memanjang (halus))
2 Cili masak dihiris
1 Biji Bawang Merah dihiris
2 Bunga Kantan dihiris2
2 Limau nipis diambil jus
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Campur semua bahan dah siap...

Kalau nak modified campur kerisik boleh, isi ikan rebus, kacang panjang (mentah). Tapi kalau nak naik bau, guna bunga kantan yang kaler merah. kalau pink rasa dan bau ada kurang sikit.

Tepung pisang goreng

ni aku nak share resepi wat bancuhan tepung goreng pisang


Bahan²

Tepung beras
Sedikit tepung gandum
Garam secukup rasa
Sedikit air kapur makan / sirih
Air
** sedikit pewarna kuning (ikut suka) **

Cara² membuat bancuhan tepung 


Satukan kedua² tepung, garam & air kapur. Masukkan air sedikit demi sedikit
bancuh adunan sehingga sebati tetapi jgn terlalu cair
sedia utk digunakan sebagai tepung utk mengoreng pisang, ubi keledek, sukun & etc

Nota

Pengunaan air kapur dlm bancuhan ini ialah supaya kita dpt tepung goreng yg ranggup
Tetapi perlu diingat, jgn meletakkan terlalu byk air kapur coz nnt tepung tu akan rasa
kurang sedap (anggaran +/- ½ sudu teh shj)


cuba tau jgn x cuba.. resepi mak aku nih.. 

EASY & DIFFICULT

*Easy *is to judge the mistakes of others *
*Difficult *is to recognize our own mistakes *


*Easy *is to talk without thinking *
*Difficult *is to refrain the tongue *


*Easy *is to hurt someone who loves us. *
*Difficult *is to heal the wound... *


*Easy *is to forgive others *
*Difficult *is to ask for forgiveness *


*Easy *is to set rules. *
*Difficult *is to follow them.. *


*Easy *is to dream every night.*
*Difficult *is to fight for a dream... *


*Easy *is to show victory. *
*Difficult *is to assume defeat with dignity... *


*Easy *is to admire a full moon.*
*Difficult *to see the other side... *


*Easy *is to stumble with a stone. *
*Difficult *is to get up... *


*Easy *is to enjoy life every day. *
*Difficult *to give its real value... *


*Easy *is to promise something to someone. *
*Difficult *is to fulfill that promise... *


*Easy *is to say we love. *
*Difficult *is to show it every day... *


*Easy *is to criticize others. *
*Difficult *is to improve oneself... *


*Easy *is to make mistakes. *
*Difficult *is to learn from them... *


*Easy *is to weep for a lost love. *
*Difficult *is to take care of it so not to lose it. *


*Easy *is to think about improving. *
*Difficult *is to stop thinking it and put it into action... *


*Easy *is to think bad of others *
*Difficult *is to give them the benefit of the doubt... *


*Easy *is to receive *
*Difficult *is to give *

*Easy *to read this *
*Difficult *to follow *

*Easy *is keep the friendship with words*
*Difficult *is to keep it with meanings *

10 Tabiat yg merosakkan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan meng ganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan meng ganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Wow Terror Betul Dia Nih!!!

There are few people outside do far more better job than us and still glad about their job

This guy here is a Coolie (Luggage carrier) at bus station Bangalore, Kalasyapalya bus stop (City Market) who usually carry luggage to/from the bus

As per one of my friend’s advice, we understand that of late Volvo busses carry 2 wheelers as well from place to another (interesting na??). Please try out next time

Please take a few seconds to think how they carry 2 wheelers to the bus?

Most of the times they carry it in the box located under the bus and if the box is full some times they carry the vehicle to top of the bus

Without scrolling down, can someone guess how they carry the vehicle???










Few facts:

Weight of the Pulsar 150CC is around 150kg

The cost of the Volvo side glass cost about 20-30K

The cost of the vehicle??

After seeing the above effort that he has made do you guys know how much is he charging?? Just Rs. 20/-

Does he deserve just 20???

Kenali ulam: Kemumu a.k.a. lambuk

Siapa pernah makan ulam 'batang' yang menyerupai batang keladi? Macam mana nak kenal/bezakan lambuk dan keladi? Lama saya tak makan lambuk, tak pasti di lembah Klang ni pernah jumpa ke tak, sebab saya sendiri tak kenal lambuk dan keladi...

Selama ini lambuk yg saya kenal adalah sejenis pokok yang sebiji macam pokok keladi. Batang lambuk ini kena buang kulitnya dulu, rendam/basuh dengan air. Biasanya dibuat ulam, cicah pulak dengan tempoyak masak. Kalau orang tak tahu, dia ingat kita makan pelepah pisang cicah tempoyak. Buruk benar org Perak, ya... duduknya di Parit, makan pulak pelepah pisang! Heh heh...

Ok, ni sedikit info yang dikirimkan ummu. Semoga ada manafaatnya.


# Nama Saintifik: Colocasia gigantea cv.
Famili: Araceae
Nama Lain: Lambuk

Kemumu atau Lambuk adalah sayuran tradisional dan digemari penduduk desa. Pelepah atau petiolnya yang masih muda menjadi ramuan dalam masakan ikan seperti asam pedas, tempoyak dan resipi masakan tradisional. Cara memasaknya hampir sama dengan sayur keladi (Colocasia esculenta). Tidak banyak diketahui mengenai khasiat makanan sayuran ini bagaimanapun sering disebut dalam pantun:

Kemumu tidak Keladi pun tidak,
Kelopak seperti ranting Ketapang;
Ilmu tidak budi pun tidak,
Lonjak seperti kambing tempang

Sayuran ini berasal dari Indo-Malaysia dan herba berumpun setinggi 1 hingga 2 meter. Batangnya pendek dan tegak dari permukaan tanah. Pada satu rumpun ada beberapa daun yang mempunyai petiol atau pelepah daun sepanjang 60 hingga 90 sm. Lai daunnya berbentuk orbikular atau ovat-kordat, pelbagai saiz sehingga 2 meter panjang dan tepi daun undulat, berwarna hijau muda dan permukaan bawah daun pula kadangkala glaukus. Infloresen tumbuh pada aksil pelepah dan mempunyai batang 15 hingga 30 sm panjang. Seludang berukuran 12 sm panjang. Bahagian bawahnya berwarna hijau dan bahagian atas yang berbentuk seperti sampan berwarna putih. Spadiksnya berwarna putih atau kekuningan.

Lambuk mudah dibiakkan dengan mengambil anak yang mudah didapati di pangkalnya. Anak ini ditanam terus ke tempat yang lembap dan teduh sedikit seperti di bawah pokok. Herba ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

p/s: dh lama x mkn lambuk, sedapnya kalau dpt cicah dgn sambal kelapa
_________________

Perbezaan Madu Asli dan Tiruan

Saya pernah tertanya2 macam mana nak bezakan madu asli dan madu campuran. Madu yang banyak terdapat di pasaran kadangkala dicampur dengan bermacam-macam campuran oleh peniaga untuk mengaut keuntungan semata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna. Lebih malang jika kita terbeli madu tiruan yang hanya mengandungi gula biasa yang telah diproses menjadi seperti madu ianya, berbahaya kepada yang ada penyakit kerana rupanya tiada beza dengan madu asli.





Ada juga sesetengah madu asli di pasaran yg telah mengalami proses pengawetan dan pengurangan kandungan air supaya tahan lama dan tidak meletup dalam simpanan. Proses yang demikian telah merosakkan separuh dari enzim yang bernilai yang terdapat dalam madu asli. Saya pernah mengalami penutup botol madu mak saya melantun/meletup, mungkin betullah madu yang mak saya beli 100% pure honey, tiada bahan campuran. Botol madu rumah saya sendiri tak pernah meletup… hemmm…

Madu lebah liar mengandungi propolis, debunga lebah dan royal jelly jika dibandingkan dengan madu lebah biasa yang hanya mengandungi madu. Sebahagian pengkaji madu menyatakan semakin hitam madu semakin baik dan semakin berkhasiat walaupun sebenarnya warna bukan menentukan keaslian madu.

Ramai dikalangan penjual madu sendiri gagal memberikan penjelasan bagaimana utk bezakan yang asli dan tiruan. Bagi menguji keaslian madu liar asli atau madu lain sedikit panduan boleh dipelajari. Sukar sebenarnya untuk membezakan antara madu asli dan tiruan melainkan menerusi ujian makmal. Bagi mereka yang biasa makan madu tulen dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan.

Saya sertakan tips utk membezakan madu asli dan tiruan. Antaranya :

1. Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus (label di botol seharusnya ditulis sukrosa)

2. Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu

3. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.

4. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus, ia seperti tali kerana ada daya graviti. Manakala madu biasa akan terputus-putus.

5. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.

6. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.

7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan

8. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.

Semoga tips ini dapat membantu.

N.B. Ada statement yang menyatakan tak elok madu diletakkan dalam peti sejuk, kerana enzim/kualiti madu akan berkurangan, wallahu'alam.

50 Ransangan mudah menjadikan anak bijak

Saya dapat email ini drpd seorg kawan dan ingin berkongsi dgn semua.

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA


Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.


2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA


Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.


3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN


Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..


4-JELIRKAN LIDAH


Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.


5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.


6-GELETEKLAH BAYI ANDA


Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.


7-TUNJUKKAN PERBEZAAN


Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.


8-BERKONGSI PANDANGAN


Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA


Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.


10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.


11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.


12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.


13-BERI KATA KUNCI


Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.


14-BERI KEJUTAN


Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.


15-SEDIAKAN BANYAK TISU


Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.


16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.


17-MAIN CAK-CAK


Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.


18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


19-MAIN DENGAN WARNA


Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.


20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.


21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.


22-BIAR DIA MEMBEBEL


Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.


23-LATIHAN MENEKA


Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.


24-BINA LALUAN HALANGAN


Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi

bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.


25-IKUT RENTAKNYA


Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK


Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.


27-RASA SEKELILING ANDA


Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.


28-CERITAKAN KISAH DONGENG


Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.


29-BAYANGAN WAJAH


Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.


30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS


Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.


31-GOYANGKAN BADAN


Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.


32-JADILAH TAMAN PERMAINAN


Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.


33-KIRA SEMUANYA


Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.


34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA


Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")


35-TUTUP TV


Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.


36-TUKAR PEMANDANGAN


Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.


37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA


Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA


Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.


39-MAIN HUJAN


Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.


40-MENANGKAP SERANGGA


Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.


41-BERGURAU-SENDA


Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.


42-MAIN DENGAN PAKAIAN


Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.


44-HASILKAN ALBUM KELUARGA


Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA


Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN


Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.


47-CONTOHI CARA SESAME STREET


Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.


48-MAIN BERULANG-ULANG


Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.


50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN


Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.