haaaa.. selalu org mkn bubur nasi kalau paling simple dgn kicap & ikan bilis goreng kan
ada gak yg letak telur asin la lobak asin la & etc
nah ni simple resepi mak aku.. x susah pun nak buat..
Bahan²
Ikan bilis (goreng)
Cili merah (x perlu potong)
Bawang merah
Garam [sedikit sahaja sebab ikan bilis dah masin]
Cara² membuat
Mula² goreng ikan bilis, dah masak asingkan. Guna minyak yg sama, masukkan cili merah goreng agak² layu shj
kemudian tumbuk cili merah tadi bersama bawang merah sehingga lumat
selepas tu masuk ikan bilis & garam. tumbuk lagi tapi jgn lumat sgt
sedia utk dimakan bersama dgn bubur nasi
Info
kalau nak lebih pedas + cili api.. caranya sama, goreng agak² layu shj tanpa potong cili tersebut
jgn terlalu lama goreng cili sebab kalau terlajak goreng, cili tersebut akan meletup²
kuantiti bahan² diatas bergantung pd kuantiti bubur nasi
SELAMAT MENCUBA!!!
No comments:
Post a Comment
titiplah komen anda disini