Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always

Thursday, May 19, 2011

Nasi Goreng Burger

Bahan²

Nasi putih
Daging burger lembu
Cili masak (ptg memjg)
Cili api (hiris halus)
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Halia (potong memjg)
Daun Sup (dipotong)
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara² membuat


Panaskan sedikit minyak & masukkan daging burger. Sambil memasak burger tu hancur²kan daging dgn menggunakan sudip. Selepas daging burger ½ masak, ketepikan je dlm kuali. Dalam kuali yg sama tumis bwg merah, bwg putih, cili masak, cili api & halia sehingga naik bau.

Kemudian gaul sekali dengan daging burger tadi & masukkan nasi putih serta garam secukup rasa. Sebelum angkat masukkan daun sup & gaul rata.

Sedia utk dihidang.

Nota:

Kalau parents yg ada anak kecil, x perlulah masukkan cili api.
Resepi ni mak aku masak kalau dah x tau nak makan apa Laughing
Tapi sekiranya ada nak + sayur²an spt kobis, sayur + & etc boleh jugak
Kuantiti bahan² ikut kehendak sendiri la yea

Tips

Kalau nak garam tu rata dgn nasi, caranya mudah je
masa nak ramas nasi putih tu, ambik garam secukup rasa
& ramas serta gaul sekali dgn nasi putih.. jadi masa nak masukkan
nasi dlm kuali tu x perlu la nak masukkan garam kemudian.

No comments:

Post a Comment

titiplah komen anda disini