Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always

Thursday, May 19, 2011

Mee Kari

ni resepi aku sendiri.. cubalah ek



Bahan A (dikisar)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Bunga Lawang

Bahan B (dikisar)
Cili kering

Bahan C
Serbuk kari (dibancuh dgn sedikit air)

Bahan D
Serai (dititik/diketuk² skit)
Daun kari
Ayam (dipotong kecil)
Daging (dipotong kecil)
Kerang (direbus)
Fish ball
Fish cake

Bahan E
Tauhu kering (dipotong²)
Santan cair
Santan pekat
Garam secukup rasa
Ajinomoto (** kalau x nak letak pun x pe)

Bahan F (dicelur)
Sawi
Tauge

Bahan G
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Cili merah (dipotong)
Telur (direbus)

Mee kuning

Cara² membuat

Tumis bahan A sehingga wangi. Selepas itu masukkan bahan B, tumis lagi sehingga naik minyak. Masukkan pula serbuk kari, tumis lagi sehingga naik minyak. Masukkan pula bahan² D, bila agak² bahan tu dah ½ masak masukkan santan cair. Kacau & pastikan santan tidak pecah minyak. Bila dah mengelegak masukkan garam, ajinomoto, tauhu kering & santan pekat. Tutup api bila kuah dah mengelegak lagi sekali

Masukkan mee dalam mangkuk, taburkan bahan F & G & akhir sekali tuangkan kuah diatas mee.

Info


Bagi yang tidak menyukai mee kuning, boleh juga digantikan dgn bihun (celur dahulu) atau kuew teow

No comments:

Post a Comment

titiplah komen anda disini