Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always

Thursday, May 31, 2012

31-May.. 15 tahun dahulu

hari ini dalam sejarah.. pada 31-May-1997.. sepasang mempelai telah selamat disandingkan dengan pelamin yang digubah oleh bapa saudara pengantin perempuan, Abu Yazid Bin Ahmad..

cewah.. cam nak baca berita je.. wakakkaa
pada tarikh ni, 15 tahun yg lepas.. masa ni kenduri kawin aku & beloved hubby baharuddin abdul rahman
tema color pelamin aku masa tu merah & putih.. cam bendera jepun.. sebelah lelaki plak tema color kuning..
Dua² pelamin pak yazid yang buatkan.. sekrg ni pak yazid cakap dia dah nak pencen.. malas dah nak buat gubahan, pelamin segala..

walau apa pun terima kasih kat pak yazid coz banyak tolong dalam majlis perkahwinan aku dulu serta adik-beradik & adik² ipar aku juga..

untuk suamiku tercinta... terima kasih kerana sudi melayan kerenah aku yang banyak songgeh ni..
minta maaf la bang.. ayg tak pandai nak bermadah ayat² jiwang ni.. huhuhu

tak tau la apa yang aku asyik dok fikir

start dari bulan May-2012, tempat keje aku dah start guna HID card untuk urusan di bangunan office ni
HID card ni kami guna untuk attendance record..
aku plak tak tau la apa yang aku asyik dok fikir sepanjang minggu ni

hari ni aku buat lagi pe'el ni.. kira minggu ni dah 2x aku jadi cam ni.. huhuhu

nak tau apa??? aku gi touch HID card kat butang lif.. hadui.. ntah apa yg aku dok fikir
tapi boleh plak cepat perasan salah tu.. cepat² plak aku tekan butang lif ..

hari ni genap sebulan guna HID card kat opis.. bulan ni juga last guna HID card serta punch card...
Mulai esok, HID card akan fully used.. 

ni ler rupe HID card aku 
aku rasa co. lain dah ada yg guna kaedah ni. cuma co. aku terlambat skit..
apa² pun ok la guna card ni .. x yah nak guna punch card yg kadang² abis dakwat
kadang² tu rosak sampaikan punch pun leh lintang pukang.. patut date kat bawah gi ke atas & sebaliknya


Terima Kasih Datuk

rasanya semua dah tahu yang Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah pun secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON

31-May-2012, hari ni last day Datuk Seri menjalankan tugas beliau & beliau akan menyambung cuti selepas ini.  Sedih rasa bila Datuk Seri dah resigned, orangnya baik hati serta ramah.. aku tak nak cite lebih la.. tadi Datuk Seri datang ke setiap dept. kat opis aku ni.. sempat la aku minta colleagues kat dept. lain tolong amikkan gambo kami 1 dept... sib baik aku bawak camera.. dapatlah abadikan kenangan dgn Datuk Seri

Semoga Datuk Seri berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini.
Terima kasih juga pada Datuk Seri yang telah berkhidmat selama 6 tahun dengan PROTON Holdings..
jap je rasa dah 6 tahun.. rasa cam baru je beliau bekerja di PROTON Holdings

jom layan pic yg sempat dirakam semasa lawatan beliau ke Finance & Accounts Div. tadi
Ni masa Datuk Seri baru sampai ke Dept. kami

Ucapan dari idola kami Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir

ok ni boleh katakan hampir keselurahan staff di Finance & Accounts Division


All The Best to Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir..


Tuesday, May 29, 2012

hazizi & abi

hazizi kalau dgn abi dia memang mengada² lebih.. abi pun kadang² layan je apa anak dia buat..
nak tau ngape aku cite g2.. nah tengok gambo bawah ni
dgn x berbaju & masih pakai drypers.. dia panjat abi dia..
abi dia plak buat dek jer.. last² sakit badan


Monday, May 28, 2012

bila nk terminated byk plak soklannya

baru sat² tadi aku kol 1 bank ni.. aku nak terminate the only 1 credit card aku dgn bank tu
b4 kol mmg aku dah agak, mesti byk soklan nnt

conpem.. soklannya pun dah boleh agak... 'kenapa cik nak terminate credit card ye?'
credit card kami byk kelebihan.. bla.. bla.. bla

aku dah kabo aku dah x nak guna... lagi byk plak rayuan
tau la korang masih 'berhutang' dgn aku.. erk!!!...
ye.. bank tu berhutang dgn aku coz aku wat prompt payment
bkn nak berlagak ok.. tapi aku jenis x suka berhutang..
susah wooo.. hidup dgn hutang..
lagipun selama ni aku buat loan je bkn aku guna sgt kad tu
drpd aku byr service tax utk mende yg aku x guna sgt
baik aku terminate... ye dak?

pendek cite, dgn segala rayuannya.. aku tetap dgn pendirian aku..
encik I nak terminate my credit card ye
dgn suara cam tak nak layan.. dia agreed je la dgn permintaan aku yg 1 tu..

hua huahua... ok settle dah 1 hutang aku.. hermm.. aku rasa cam nak terminate semua kredit kad je..
nanti aku congak² dulu.. hahha.. cam la byk kredit kad aku pegang.. sekrg ni tgl 2 je kredit kad aku..
bila fikir balik bkn aku guna pun.. 1 tu aku wat auto-debit utk touchNgo.. lagi 1 tu 1 auto-debit insurance..
kena cari blk agreement dgn ins. co. tu.. aku rasa tu pun xde fekdah pun aku bayo.. perabih duit je..
bkn kedekut okay.. tapi aku rasa mmg x berbaloi pun ada kredit kad pada org spt aku.. membazir semata²..
ok la, smp cni je coretan aku utk pembuka minggu ni.. bln ni aku mood hupdet blog aku mmg ke laut betul!!!

Friday, May 25, 2012

huhuu.. sedey nyerrr



memang sedey.. bagi aku la.. bagi org lain.. apa ada hal
selama ni aku jaga elok².. aku rasa 2 tahun kot aku guna key chain ni.. 
tetiba petang semalam patah hujungnya.. uargghh!!!
ni buddy aku bagi masa dia gi Sarawak 
masa tu dia ada training pasal e-payment.. kalau x silap aku la

buddy aku dah resign.. ni salah 1 barang kenangan dia bg kat aku
hopefully our friendship tak kan terputus cam ni ek.. huhuhuhu.. uarggghh
missed u oledy..

♥♥♥♥♥♥

p/s: w/pun korang kata mende murah pun aku x kisah.. ni dah cam sentimental value.. pergghh..
coz bila aku tgk key chain ni mesti aku teringat kat my buddy yg sorg tu..
makin lama makin sonyap yo.. mesti dia too bz coz aku tgk status fb dia pun asyik blk lewat jerk
apa² pun.. take care ye..


Majlis perkahwinan Ina & Nizam - Part 3

eh!!!... ada cite lagi!!!.. hehhee.. last cite utk majlis kawin ina & nizam
kali ni cite pasal hazizi jer.. kat Part 1 tadi aku ada cite pasal dewan tu lenggang kan

haaaa... kejadian ni berlaku masa dewan tu tengah lenggang la


hazizi siap bawak toys binatang dia..
kalau bawak je xpe la.. ni siap susun atas meja..

tak nak makan sendiri.. dia minta abi dia suapkan..

ok la..tetiba tinggal abi dia je makan sorang²... tempat hazizi plak kosong.. tinggal uncang gula² dia je atas meja

mana hazizi & semua mainan dia???



















nah!!! ni dia budak hazizi.. dia dah buat dewan tu cam umah dia sendiri.. 

dia bawak turun mainan dia ke lantai, siap bersila & bukak selipar okey..

bdk² apa kesah kan.. asal dia dapat lepaskan rasa boring cukup la






Majlis perkahwinan Ina & Nizam - Part 2

ok, sekarang ni kita sambung lagi cite Majlis perkahwinan Ina & Nizam
cuma kali ni aku nak cite pasal kanak² riang plak.. budak² mana nak dok diam kan
moh layan gambo bawah ni


aku jenuh cari hazizi hari tu.. jap² dia hilang.. rupa²nya kena 'tangkap' jadi budak pengiring pengantin.. kenapa plak hazizi yg kena? bdk lain ramai je.. nak tau ngape.. baju yang hazizi pakai tu match dgn tema color baju budak pengantin lelaki.. nasib la nak.. 
(hazizi bkn kena 'tangkap' jadi bdk pengiring tapi rupanya diajak oleh sepupu²nya.. biasalah bdk² kalau dah jarang jumpa cam g2 ler.. & secara kebetulan pula color baju dia plak seiring dgn tema bdk² lelaki)


budak² dah bosan menunggu.. punya lama beratur, pengantin tak sampai² gak.. tengok je la muka husna.. monyok jer.. hazizi plak ada dia kesah.. dia boring dia lari.. eimran plak tak abis² amik gula²


Atas sekali eimran & hazizi.. bawah ni 'ketua' budak² pengiring..  tengoklah bdk² semua kepenatan menunggu pengantin yang tak tiba².. mak² siap bagi upah gula² supaya anak² tak bosan


ni picture lepas mengiringi pengantin naik ke pelamin. bdk² di suruh duduk kat tangga.. atas ni bdk² lelaki


yang ni budak² perempuan.. pakaian budak² perempuan ni aku rasa paling cantik baju anak² buah aku la.. ada kedut² kat pinggang baju.. comey.. sape lagi yg jahitkan kalau bukan mak aku.. baju pink anak² dari sebelah pengantin lelaki yg sebaliknya anak² dari sebelah pengantin perempuan


pengantin dah turun gi makan.. budak² plak naik sebok nak bergambo.. layan je la


dah bosan jadi budak penggiring.. hazizi main kejar² plak kat luar.. maklum la lama x jumpa.. dapat jumpa pun sekejap je


btw, mak aku cukup tak berkenan masa majlis menggiring pengantin ke pelamin
diaorg nak buat cara moden.. xde bunyi paluan kompang
 (btw, spt dibgtau oleh akak pengantin majlis traditional telah diadakan dirumah.. sebab tu xde paluan kompang kt dewan)
diaorg gantikan dengan pasang lagu inggeris Yuna  .. aku pun x ingat nama lagu tu apa
lagu thousand years by Christina Perri sesuai digandingkan dgn tema english

apa² pun majlis hari tu aku tengok semua berjalan lancar.. 

Majlis perkahwinan Ina & Nizam - Part 1

19.05.2012 lepas kami gi kenduri kawin adik ipar anum kat Marina Island Hall Lumut, Perak
the only dotter dlm family lan (hubby anum) & yg aku dpt tau, pengantin lelaki plak the only kumbang dlm his family anak ke-3 dalam family dia

dkt semgu baru nak hupdet kan.. hadui.. mood nak edit gambo xde.. mood ke laut betul... uargggghhh
moh layan gambo yg sempat aku amik hari tu

ni kad jemputannya... too simple.. yg border bunga² tu aku yg tambah yer.. kosong bebenor aku tgk kad ni.... suka hati aku je kan

ni ofkos la pelamin.. x kan korang x tau kan.. nggeee
lenggang giler kat dewan ni masa ktorg sampai.. padahal dah kol 12pm++
mgkn jemputan ikut time kat kad jemputan kol 1pm kot.. cer tgk kat kad kat atas tadi tu


  
4 gambo ni semua kat main table except lauk-pauk yg kat bawah sekali
main table arrangement aku tgk serabut la plak.. mgkn coz diaorg buat bentuk 'U' yg sempit.. maybe gak pasal bunga² yg berserabut tu kot.. or maybe color bunga tu yg buat x menyerlah

lauk-pauk disediakan not bad la rasanya.. tapi aku x berkenan betul dgn katering yg menyediakan utensil .. ada ke garpu berkulat.. dah tu berkarat plak tu.. sudu plak cam x basuh je ada bekas cili.. bekas isi lauk pun ada yg sumbing.. tolong la, sepatutnya benda cam ni org katering patut ambil berat gak tau.. hadui

btw, aku ada bgtau staff caterer tu pasal garpu & sudu, dia just amik garpu & tinggalkan je sudu atas meja.. herrmm.. aku pun malas nak kata apa coz sebok melayan anak kami yg sorang tu

ni plak dekat dgn pintu nak masuk dewan.. selain 2 area ni ada lagi 1 area tempat tuan rumah letak door gift utk tetamu.. strawberry jem utk org dewasa & gula² untuk bdk² 

ni la rupa pengantinnya.. pengantin lelaki drive sendiri kete mini tu
diiringi dgn motor lama yg ditunggang oleh abg pengantin perempuan.. masa ni aku tak sempat nak amik gambo coz sebok dgn hazizi & sepupu sepapatnya

semoga ikatan cinta kalian kekal ke kiamat. Amin Ya Rabbal Alamin
ok, sambung lagi ke Part 2.. kali ni pasal kanak² riang plak..

Thursday, May 24, 2012

teringin

teringin.. herrmm.. sejak bila plak? adakah...... apakah... (pinjam ayat buddy)
wat sementara ni xde apa² lagi la.. tapi sejak tgk iklan kat tv tetiba aku teringin
apa mende? cam la gempak sgt kan.. aku teringin nak makan kat pizza hut coz tgk menu baru byk kuar.. 
leh g2?? hahaha.. so, yg dkt dgn area umah aku pun kat Subang 2
masa smp c2.. hazizi x nak masuk coz dia nak makan KFC.. sib baik la sebelah²


elok plak masa tu 1st day KFC tgh promo fugura Upin & Ipin
lps beli ayam dia.. kami g sebelah plak.. jom layan picture ni 






ni menu yg kami order


kidz cabonara & air soya utk hazizi.. FREE


Lime Pepper Chicken Chop utk hubby


aku plak Italian Herb Chicken Chop


Ooppsss.. peha ayam dalam pinggan tu bukan menu pizza hut.. jiran sebelah yg punya.. nggeeeee










Passion Tea for me & Ice Lemon Tea for hubby




















hazizi nak manja dgn abi.. 


erk.. memang dia manja pun dgn abi dia.. eh silap.. ngada lebey.. hahaha






btw, ngape menu hazizi free???


coz setiap pembelian 20 hinggit kita entitled dpt 1 kids eat free menu..


ada la menu²nya cam dlm gambo kat seblh ni.. tapi semua hidangan dihidangkan dgn air soya






















lupa plak aku nak amik picture figura U&I (Playful Upin) yg hazizi dpt hari tu.. 
hari ni 24-May smp 2-Jun figura baru plak kuar.. Figura Happy Ipin


Dari kiri Playful Ipin, Happy Ipin, Defender Upin & Striker Ipin
Playful Upin : 14 Mei – 23 Mei
Happy Ipin : 24 Mei – 2 Jun
Defender Upin : 3 Jun – 11 Jun
Striker Ipin : 12 Jun – 20 Jun


aku dapat info. ni kat link ni
abi.. jom belikan figura baru utk minggu ni plak..
aku plak excited lebey.. waaakka

hazizi takut...

ni salah 1 mende yg hazizi takut.. korang mesti pelikkan..
mende cam ni pun dia boleh takut.. 

kebetulan minggu lps aku wat printing
buat note... ada la balance A4 paper.. so, tetiba aku teringat mende alah ni.. 

herrmm.. apa dia ek???



ni dia... JALUT!!
thx kat cik farah coz tolong pegang.. 

nah.. aku dah cantikkan bajunya
hahaha.. mesti korang herankan JALUT yg hazizi takut.. wakakkaka
btw, cik farah ni plak x penah tgk mende alah ni..
mak aaii.. bdk² zaman sekrg mmg x tau mende alah ni ke
hadui.. so, lps siap color aku bg la kat farah buat kenang²an.. coz dia temp. staff ke kat tmpt keje aku ni.. 
huhuhhu..

Tuesday, May 22, 2012

Practice make perfect ok!!!


adui.. bila la aku nak buat balik ni.. practice make perfect la anim oooii..

apa mende yg aku masih x buat lagi ni..???

jeng.. jeng.. jeng..

tunggu la ek.. ni tahap kemalasan tgh tgi ni.. wakakaka

minggu ke-5 hazizi di taska imtiaz


nah ni apa yg hazizi belajar minggu lepas


14.05.2012

bab color ni memang hazizi failed.. sekrg ni dia sebok nak kete racing.. abi dia cakap hazizi kena belajar color pandai² baru abi beli kete racing.. ok katanya.. kita tgk la ye nanti apa akan jadi.. silap² dia suruh abi yg color.. hahhaa
ni plak kertas keje pada 15.05.2012
rasanya yg color cawan tu bukan dia gak
kalau hazizi yg color mesti berterabur

kertas keje 16.05.2012

ni main water color.. katanya dia lukis rama²..

siap bising kat aku masa aku kuarkan kertas keje ni dari beg sekolah dia.. 'jangan pegang umi.. basah. nanti comot'

amboi.. bukan main lagi dia.. aku cakap kat dia,, ni kertas keje pagi tadi.. lama dah kering..

baru dia pegang kertas tu.. hahhaha











17.05.2012

Oooppsss.. dia bukan xde kelas cuma xde kertas keje coz hari tu dia cuma ada kelas bercerita & main puzzle..

hampir 16 tahun


lunch hour semalam aku dikejutkan dengan 1 email.. kuang. kuang.. kuang..
hampir 16 tahun aku berkhidmat.. baru ni dapat..

xde apa yg special pun.. just penghargaan dari tempat keje aku
aku dapat best employee for the month of Mar'12.. Alhamdulillah

dapat lah voucher Giant RM 50, jadilah ek.. dari xde.. lepas gak beli susu hazizi :-)
apa² pun aku ucapkan terima kasih pada semua yg menyokong, mendorong aku dalam melakukan tugas harian..


Tuesday, May 15, 2012

hazizi sedey

semlm aku ada cite pasal hazizi sedey coz abi dia gi dinner malam sabtu tu lepas balik dari kenduri kawin kat mempaga

dia siap peluk kaki abi dia x bagi gi 'keje'
siap request abi dia buatkan bubur nasi.. cam la abi dia reti buatkan.. last² aku 'auta' dia suruh cari achik kat bilik.. baru abi dia leh kuar.. lepas tu aku buatkan bubur nasi utk dia.. bubur nasi kosong cuma letak garam je.. abis 2 mangkuk dia makan.. nah!! tgk bdk ni kekenyangan

start lps isyak, dia dah sebok tanya mana abi!!.. ngape abi gi keje lama sgt..bla.. bla .. bla.. ateh dia plak nyakat.. cakap abi dia gi dangdut.. atok cakap sama je pe'el cam abi dia dulu.. atok xde, abi dia sedey.. photostate abi dia budak ni.. ngeh³.. atok dia cite dulu abi dia siap kena bagi kain atok dia.. aku pun dpt idea cari kain pelikat abi dia.. nah!! siap cium & sarung kain abi..




16.05.2012

aku lupa nak masukkan sessi perbualan tepon abi & hazizi malam tu

hazizi:  abi.. buat apa?
abi:  keje la
hazizi:  abi keje kat mana? kenapa ada lagu?

telinga tu peka aje..
hahhaa.... ateh dia x abis² nyakat kata abi dia gi dangdut

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

petang semlm dlm kete.. aku cite lagi psl cite ni
pas tu hazizi teringat sesuatu & tanya balik abi dia

hazizi:  abi.. kenapa ada lagu² tempat keje abi ha?
abi:  ada orang pasang lagu.. kenapa?
hazizi:  bising la.. jiji nak cakap pun tak dengar..

wakakakaka.. hazizi makin cerdik.. Alhamdulillah

kisah hazizi

haa.. gambo ni aku amik dari FB hubby..
dia ngajor hazizi ABC.. dia tulis pastu minta hazizi lekatkan magnet ABC

dah siap.. dia menyonteng plak kat bahagian bawah white board
ni plak dia lukis picture dinosaur
dah siap, dia pun cerita la abi dia.
dinosaur ni lawan dgn transformer.. bla .. bla.. bla..

layan je la abi.. lagipun abi jarang nak ajar dia kan.. hehehhe

Hari Ibu

semua org tau, hari ahad lepas hari ibu.  lepas balik kenduri kawin kat rawang, aku ingatkan nak balik umah mak. tup² sepupu hubby dtg.. x lama lepas tu adik hubby plak dtg 1 family bawak kek kat sebelah ni

semua sambut hari ibu utk nenek

masa tu dah lewat petang.. adik² ipar tlg mak mertua masak utk makan mlm..

aku buat apa? baca novel.. coz aku tgh tanggung sakit gigi.. dah tu plak aku ni x reti nak buat keje kalau berhimpit² kat dlm kawasan yg kecik

sorry la yer
sementara tu cucu² PIL sebok la main
lebih² lagi hazizi coz dia sebok cakap xde kawan.. bila sepupu² dia sampai bukan main happy lagi dia


ni hazizi tgh makan kek dgn abg haikal..
cam org beso plak aku tgk dak hazizi ni

utk semua ibu² yg membaca blog aku ni aku ucapkan selamat hari ibu

p/s: dapat balik umah mak sejam je.. huhuhu.. dah tu aku lupa plak nak wish slmt hari ibu kat mak.. uarggghh.. mak, sabtu ni kita gi kenduri adik lan ek..

kenduri kawin @ mempaga 3 - part 2


xde apa cite yang menarik sebenarnya.. cam gempak je kan

ha.. ni mmg kebiasaan org jual aiskrim mesti ada menempek kat kenduri² kawin. cam mamat bangla ni.


ni skit cite pasal hazizi masa kenduri sabtu lepas

nak jadi cite, mula² hazizi gi ke kete nak amik pampers coz dia uk.. uk..

otw, nak blk semula ke umah kenduri, dia leh cakap kat mamat ni..

'jap ek.. jap lagi jiji dtg'

amboi.. bkn main lagi



abi dia ingatkan anak dia ni dah x ingat pasal aiskrim ni..

tup² dia minta aiskrim kat abi dia.. mula² x dpt.. last² atok dia plak bagi duit singgit.. aduiii.. atok bagi muka la plak..

btw, ni la gambar 3 keturunan lelaki sulung.. atok, abi & hazizi..



errm... sedapnya.. sampai juling biji mata.. hahaha



dan lagi... abi pun tumpang sekaki coz anak dia makan aiskrim sampai meleleh²

tup² masa nak balik mamat bangla bagi lagi aiskrim kat hazizi tapi kali ni dia bagi free coz dia dpt dukung & peluk hazizi.. mamat tu teringat kat anak dia kot.. xpe la biar dia lepas rindu..

sempat gak minta hubby amik gambo aku & hazizi.. tema kami hari tu red & black..


Monday, May 14, 2012

kenduri kawin @ mempaga 3 - part 1

kami bertolak dari taman melati dalam kol 9.30am.. sejam lepas tu kami dah sampai..

masa ni org pompuan tgh marhaban

nak jadi cite, tuan umah yg pakai baju kelabu (aku amik gambo dari blkg).. melatah la plak.. coz dia terkejut dgn flash camera.. riuh la sekejap.. hahahha

oh ya.. btw, ni kat majlis kenduri kawin sepupu sebelah mertua aku

sementara tunggu pengantin sampai.. aku sempat la tolong lipat tisu utk meja pengantin.. aku baru belajar lipatan jenis cam ni.. selalu lipat 3 je.. ni diaorg ajar lipat camni.. kononnya, xde la terbang / terbuka tisu ni nanti..

last² masuk dalam gelas gak.. tapi xpe la ada gak aku belajar cara lipatan baru selain lipatan bentuk nenas yg aku dah belajar masa kecik² dulu
ni lauk kat meja pengantin..
semua masih berbalut coz pengantin x sampai lagi

yg besar tu ikan masam manis, daging kurma, ayam masak merah, sayur campur goreng, nasi minyak & buah²an
hazizi nak posing kat pelamin.. siap request lagi

'ummi, jiji nak amik gambar kat c2'

ok layan je la















haaa.. ni bukan anak kami ye
w/pun tgk size bdn cam ktorg.. hehehe

ni kulaan (saudara-mara dalam bahasa banjar) sebelah tuan rumah ni.. x tau la anak sape

mala & yus (yg pakai tudung coklat & lelaki berdiri kat blkg pakai baju belang) suka sgt menyakat budak ni


 ok ni plak lauk-pauk utk tetamu

sebelah kiri atas, air asam.. memang wajib ada dalam kenduri kawin org banjar.. sedap.. antara bahan² yg diguna dalam air asam ni.. tomato, bawang merah, cili merah, kerisik, sos cili, sos tomato, susu cair, air limau kasturi.. lepas perah jus air limau tu.. kulit limau dihiris² & masuk sekali dalam air asam ni..nnt ada masa aku tanya balik mak mertua aku camne nak buat..

bhgn bawah, daging rebus buat cicah dgn air asam..

selain tu ada dalca, kari daging.. pencuci mulut, buah tembikai & bubur pulut hitam.

mak mertua aku cakap ada pajeri terung bulat.. tapi aku x perasan plak.. ingat²kan lauk dalca gak.. coz cara potongan terung tu aku tgk sama je..
haaa.. ni la dia penyedap selera hari kenduri tu

korang jgn tanya tangan sape ek.. yg pasti korang tgk je air asam tu.. wakakkaa





wah!! happy nampak dapat air asam.. hahahaha




memang cam anak kami kan bdk montel ni.. udah la tema baju sama dgn kami.. bdn dia je besar tapi x reti cakap
hazizi dah boring.. apalagi dia 'gusti' abi dia..

mlm tu abi dia ada dinner kat company tmpt dia keje.. haa.. meleleh air mata hazizi asyik teringat kat abi dia.. ateh dia plak menyakat.. cakap abi dia gi dangdut.. lagi bertambah sedey budak tu.. hamik ko.. bila ada abi, bukan main lagi ko 'lanyak' abi... bila xde tau plak sedey
ni plak barang² hantaran dari pihak perempuan
gambo pelamin & tempat makan beradab

bawah sebelah kiri tu gambo mempelai hari tu

masa ni pengantin kena dera.. bagi hadiah cabutan bertuah

nanti smbg balik dalam part 2.. ada kisah menarik pasal hazizi