Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always

Tuesday, January 31, 2012

hasrat tak tercapai..

cam poyo je subject tu.. betul la tu
hasrat aku nak wat 1 post utk 1 hari x tercapai gak.. huhuhu

sok dah masuk bln Feb.. wah!!! x sabar nak tunggu hjg bln dpn..
hermm.. ada apa ek?? tungguuuu.. hjg bulan dpn la.. hehehe

hazizi demam

yup.. minggu lepas hazizi demam tetiba. aku & hubby kena amik EL la
takut gak since dia penah ada kes H1N1 dulu..

tapi kali ni dia demam lain plak permintaan dia..
mula² nak makan nasi orang kawin.. erk.. hari jumaat mana ada org kawin nak ooii
ok, abi dia belikan nasi arab.. sampai ke malam dok makan nasi arab..
dah tu plak.. tengah malam tetiba nak karipap.. erk.. tgh malam buta mana ada org jual karipap
lain kali ye nak...

hari sabtu kebetulan dia pun dah ok skit bawak dia makan kat umah org kenduri kawin
kebetulan plak jiran kat umah mak ada orang kawin..

hari ahad plak, ada jemputan kawin opis-mate aku.. dia buat majlis perkahwinan puteri sulung dia
thx kak ruzita atas jemputan.. ok, tertunai sudah permintaan hazizi nak makan nasi org kawin..

lepas tu hubby bawak bersiar² jap ke empangan batu.. bagi dia tgk air jap
tak lama pun.. terus balik umah mertua..

otw, dia tanya
hazizi:  umi, nak gi mana ni?
umi: balik umah nek yah la
hazizi: ada kakak x?
umi: xde la
hazizi:  ala.. cian jiji xde kawan
umi: achik balik kot

bebrp minit bila sampai perkarangan flat taman melati.. tengok² kete achik dia xde
umi:  jiji, achik x balik kot
hazizi:  ala.. cian jiji xde kawan lagi
umi: erk...

smp umah nenek dia pun tunjuk mainan baru dia.. tgh lepak² tetiba dia cakap
'abi, jiji nak makan nasi lemak'.. hah!! adui.. lain pesen plak dia demam kali ni..

Dinner @ SACC Mall

ni siaran tertunda.. keh keh keh.. cam la siaran tv plak nak tertunda kan
sebenarnya nak post cite ni last week tapi bz memanjang..

ok 25/1 yg lepas hubby bawak dinner kat SACC Mall, Shah Alam
boring tak tau nak makan apa.. masa baru² smp.. suasana c2 masih dalam CNY
ye la hari ni pun baru hari ke-9 kan.. so decoration semua masih lagi dlm mood tu la
ok jom layan picture yg sempat aku snap... layan!!!.. (erk pinjam jap je fafau)

ni la decoration yang aku bgtau tadi
kreatif gak diaorg buat naga guna belon

sampai ke syiling hall SACC Mall diaorg buat..

erk cam ne aku amik gambo belon kat syiling tu ek... hermm.. korang jgn ingat aku nak baring kat tgh² hall tu..

xde maknanya.. aku pegang je camera tu secara terbalik & snap.. sib baik tangan aku ni ok bila amik gambo
(hehhehe.. riak la plak)
 hazizi nampak belon besar² ni dah seronok sgt..

sempat gak aku snap picture dia kat atas pentas ni.. sib baik gak x ramai org.. kalau ramai mau gamaknya security tu suruh turun.. hehhee

lepas tgk belon, ajak dia makan.. herm.. hampeh.. dia lari terus ke kedai adidas

bukan beli kasut or baju.. no no no..
dia nampak bola.. mende besar² dia x nak plak pilih.. bola yg agak tersorok tu pun dia nampak

ye kedai tu dah jadi cam playground dia
ikut sedap dia je nak sepak bola dalam kedai tu.. huhuhuhu.. sib baik xde mende pecah
 hubby ajak kuar.. xde dia layan..

lama² pujuk dia gi jalan²
 aduh!!! tersilap plan.. ajak jalan terjumpa plak kedai jual toys..

wah apa lagi dak comey ni 'shopping' la.. 'ni aku punya.. ni pun aku punya'
sikit punya sedap dia cakap

bila tanya jiji ada duit x? 'ada, kat abi'
amik ko.. sesedap ajinomoto kuar dr mulut dia

abi dia suruh letak balik.. herm.. xde dia dengar
 lagi dia pilih byk² ada la..
tengok la tu tangan dia penuh dgn mainan.. sampai tak cukup tangan pun xpe.. sanggup nak bawak

minah² yg dok lepak kat kedai c2 suka sgt tgk aksi dia ni..

 lepas suruh dia pulangkan balik..
dia tgk mende lain plak.. tgk la muka dak comey ni

lepas di pujuk dek abi dia..

ok dia setuju nak amik set ultraman..

 ni la set ultraman dia.. kebykkan semuanya color merah.. peberet color dia & aku gak la.. hehhehe

ni aku amik gambo guna continuous format.. layan picture ni jap ek
dari mula smp abis.. hehhehe

  continuous format lagi...
 dan lagi.. heehhehe

staff² kat Nandos plak menyakat...
'abg nak 1 boleh'

jawapan standard hazizi

TAK BOLEH NI JIJI PUNYA..

gelak je la staff² kat c2 nak kata apa lagi kan
 sementara tunggu makanan sampai.. snap jap picture kat Nandos ni


ni menu kami.. hazizi kongsi je apa yang kami makan.. dia bukan nak makan sgt mlm²..

utk aku, aku pilih menu mild peri

hubby plak honey & herbs ke apa ntah.
dia memang x tahan pedas.. aku plak nak try yg lebih pedas.. tapi perut tak mengizinkan since ada gastrik..

mau pedih perut cam di hiris² nnt.. huhuhu

air yg aku order ni dah lupa namanya..
lama x minum kopi ais..

ok la smbg lagi nnt.. adios!!!

allahyarham Abdul Samad Bin Ahmad

Abdul Samad Bin Ahmad, abang pada mak aku
dilahirkan pada 27-Jan-1945 bersamaan dengan 12-Safar-1364 (hari sabtu)
meninggal dunia pada 5-Dec-2006 bersamaan dengan 14-Zulkaedah-1427 pada usia 61 tahun

al-Fatihah untuk arwah Pak Samad













tapi ngape aku buat posting ni ek. haaa.. gini citenya.. ingat tak posting aku sebelum ni pasal b4 family gathering? aku tumpang umah mak mah.. mak mah ni balu pada allahyarham pak samad

nak cite sikit pasal arwah.. orangnya pendiam, suka dgn budak²
ingat dulu masa kami kecik² balik time raya.. bonet kete dia mesti ada bunga api
kalau anak buah berkumpul dia pun ajak la main bunga api
orangnya tak lokek.. tapi arwah pak samad & mak mah tak ada zuriat
jadi mereka ambil 2 orang anak angkat (sepasang)
arwah ni kalau buat kerja cermat betul, bayangkan kalau dia basuh pinggan
orang tak akan tau dia basuh pinggan coz tak ada 1 bunyi pun kedengaran
tak payah orang lain la.. aku sendiri pun basuh pinggan mesti berbunyi pinggan mangkuk

selain cermat orangnya, arwah juga berseni orangnya.. tak caya.. cuba tengok hasil seni khat ni yang sempat aku snap masa kat rumah arwah

ni tulisan jawi arwah
cantikkan
ni khat kat dalam bilik anak lelaki arwah
nampak bercahaya kan Allah & Muhammad Rasullullah
Bismillah diatas pintu bilik tidur utama
ayat di atas pintu masuk rumah bahagian dalam
 lagi khat di bahagian parking kereta
kalau kita tengok direct tak nampak
bercahaya macam ni, bila dah diambil
gambar nampak cantik & bercahaya
Subhanallah
yang ni di tepi pintu masuk rumah
yang ni lagi tulisan jawi arwah




















Bismillah ni pulak di atas ruang diantara ruang tamu & ruang makan

oh ya.. ukiran bunga tu arwah yang buat













cantikkan hasil seni arwah.. setakat ini tak ada lagi penganti dalam kerja seni beliau
aku ada last picture arwah & mak mah.. masa tu arwah menghadiri majlis kenduri kawin adik aku
nanti aku cuba cari gambar arwah di rumah mak

b4 family gathering

post tertunggak.. actually ni happens selepas kami sampai Taman Ungku Tun Aminah

kami bertolak dari KL hari sabtu 21.01.12, +/- pukul 9.30am, mulanya konvoi dgn pakcik
aku, pak khalid driver bawak mak & pak yazid
sebelum sampai persimpangan bandar bukit mahkota, jalan dah mula jem kat highway PLUS
adus!!!.. ok hubby terus kuar exit Putrajaya.. kononnya nak ikut jalan lama thru sepang & PD
terus kami terpisah.. jalan punya jalan sekali tersalah jalan.. hahhaha
tup² pak yazid kol.. "korang kat mana".. kami dah PD
hah!!! kami dah sampai ayer keroh.. hahhaha.. orang yang ikut highway PLUS dah pun sampai
ke ayer keroh.. kami masih berlegar² kat PD.. hahahha.. dah terlanjur masuk PD..
tunjuk hazizi laut selat melaka.. seronok sgt dia..
pas tu kami teruskan perjalanan.. kuar tol PD.. janji dgn pakcik jumpa kat machap

sampai R&R Machap, tengok² pakcik baru gak sampai.. rupa²nya pak khalid dah banyak berhenti
dia dah ngantuk.. cian dia sorang je driver.. turun je terus kami lunch kat situ
lupa plak nak amik gambar.. btw, malam sebelum tu aku memang tak tidur
teman mak masak.. asalnya nak masak sikit je. .. tup² banyak plak makanan
nasi putih, ikan tenggiri asam pedas letak kobis jeruk, sayur campur goreng, ikan goreng, ikan masin goreng,
bihun goreng, karipap, cekodok pisang... pak khalid plak bawak lauk kurma ayam & kurma daging
lepas makan kami teruskan perjalanan .. sampai kat highway area JB salah kuar exit plak.. hahahha
pusing balik berpecah lagi dengan pak khalid.. huhhuhu
+/- dalam 5.30pm baru sampai umah mak mah di taman ungku tun aminah
elok sampai hujan mencurah² turun dengan lebatnya.. memang menyambut kedatangan kami nampaknya
hehehehe..  dah nak maghrib adik aku dari kluang sampai..
elok dia sampai anak dara dia arinah asyik berkepit dengan hazizi.. tak caya.. haaa.. tengok gambar ni

peha hubby aku jadi tempat duduk budak comey berdua ni
sofa semulajadi gitu.. hahaha
jgn marah ye bang







bawah ni plak pak yazid tengah iron baju.. pak khalid tunggu turn sampai terlelap..(tengok gambo yang aku besarkan sebelah ni) cian driver penat.. last² pak khalid suruh pak yazid je iron kan baju

pak yazid pun tolong iron baju mak.. terima kasih pak yazid

Thursday, January 26, 2012

bertemu jua


alhamdulillah.. akhirnya bertemu juga aku dengan sanak saudara dari Keturunan Muhammad Salleh B. Perang
atau lebih dikenali sebagai Dato' Bentara Luar Johor

22-Jan-12 tarikh perjumpaan diadakan.. berikut ialah diantara gambar² yang sempat aku rakamkan

gambar atas salasilah keluarga yang telah disediakan oleh aunty abrizah.
manual ok..jenuh nak menampal
satu²

gambar bawah pula salasilah yang
disediakan oleh Tok Zabidi Noah
(yang ni guna software tapi tak
ingat apa namanya)

ni lagi gambar salasilah yang disediakan
oleh aunty Abrizah @ Aunty Ri
kami ingatkan kami yang lewat sampai coz majlis bermula pukul 9.00am ikut dalam jadual la.. tup² kami yang terawal selain AJK.. since kami terawal sampai.. jom setting kerusi meja & etc


 tetamu dah mula memenuhi ruang dewan komuniti pandan, kg pandan, johor bharu
 masing² kusyuk tengok salasilah yang ditampal didinding dewan


Oh no!! hazizi.. makan duduk kat kerusi la nak.. ni sudah lebih sampai duduk atas meja ;-p
 masing² tengah asyik berborak mengenali 1 sama lain

ada yang sedang membaca bahan² bacaan yang disediakan oleh AJK majlis

ada yang ambil breakfast & dll
 majlis dimulakan dengan tahlil diketuai oleh tok musa



sessi suai kenal oleh AJK serta dari generasi ke-3 DBL

kebetulan masa aku ambil gambar anak aku sibuk tiup buih sabun.. so berterbangan la buih² sabun semasa AJK tengah dok mengenalkan diri masing² :-)
1st, gambar aku dengan Aunty Aini Lajat.. comey putih melepak..

2nd, gambar aku dgn aunty Abrizah (Ri) yang buat salasilah keluarga

3rd, gambar aku dengan pangkat pupu aku Pn. Rosmah. mak cakap muka kami dah macam adik-beradik
sanak saudara dok semak salasilah keluarga

gambar sebahagian ahli keluarga yang hadir.. ada lagi yang ketinggalan kat dalam dewan

 lauk-pauk untuk nasi beriani
ayam masak merah, daging kurma, dalca, jelatah, agar², kek gulung, buah oren & tembikai
sanak saudara tengah Q untuk ambil lunch hari tu

mak tolong sendukkan nasi
ada plak sanak saudara ingat mak aku tukang masak / caterer..

mak cakap dalam ramai² ada la +/- 10 orang yang cakap terima kasih.. cian mak aku.. dengan kaki yang sakit masih lagi sibuk melayan sanak saudara.  mak cakap masa ni la nak kenal dengan saudara-mara.. betul gak kan
masing² tengah lepak² sambil berborak & mengenali diri masing²
budak².. herm dengan hal diaorg la.. ada diaorg kesah dengan parents diaorg..
oh ya.. ni tag nama kami.. thanks to Aunty Masuri yang bersusah payah buat tag ni



















Lepas lunch ramai yang beransur pulang sedangkan majlis tamat pukul 4.00pm
akhirnya menu petang laksa johor yang tak berapa nak johor tu pakat kena tapau je la
nasib baik hubby tolong belikan plastik.. kalau tak, memang terbuang je la 'laksa johor' tu

ok la sampai sini dulu coretan aku.. terima kasih yang tak terhingga kepada semua AJK (Aunty Abrizah, Aunty Masuri, Rosmah, Tok Zabidi, Pak Suratman, Pak Hamid & Tok Azizie Hashim - maaf kalau ada
nama yang tertinggal) yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ni.. hanya Allah swt yang dapat membalas jasa anda semua..  terima kasih sekali lagi.. lain kali berjumpa lagi.. insyaAllah

Thursday, January 19, 2012

Citta Mall @ Ara Damansara

malam tadi hubby bawak kami jalan² cuci mata kat Citta Mall @ Ara Damansara, tempat baru buka..






















atas ni masa baru sampai..sempat la amik gambo hazizi posing kat dpn mall ni sambil tgu abi 'buang hajat'






















since minggu ni CNY so decoration banyak pada CNY celebration.. semua merah menyala.. I like






















diantara kedai² yang ada..























ni gambo kat McD.. baru ni hazizi dapat chipmunk.. kebetulan semalam last day
so, hazizi dapat alvin.. sebelum balik dia compared toys tu dgn gambo kat McD
gambo makanan xde la ye.. menunya standard je la except sekrg ni ada prosperity burger
ala korang pun tau kan rupernyer.. ngeh3






















aku suruh hazizi posing kat tangga plak.. atas ni semua decoration kat area tangga






















sebelum balik hazizi nak makan aiskrim plak .. so singgah sebentar di Stick House..
byk gak pilihan aiskrim kat cni.. kami pilih aiskrim tembikai utk dia






















masa mula² masuk kedai ni.. hazizi dah terliur tengok deretan aiskrim depan mata
sambil berkata 'herrrmmm.. cedapnyerr.' sambil buat aksi terliur
cashier c2 boleh cakap.. 'Ehh! eh!. cam macam upin ipin la budak ni' sambil tersenggih² dgn kawan dia
hazizi tgh sebok memilih aiskrim.. mula² dia nak aiskrim warna hijau
tapi bila cashier tu bagitau aiskrim merah tu perisa tembikai.. aku suruh je dia amik aiskrim tu since dia
pun memang suka tembikai.. selain durian.. hhehehe
aiskrim kat cni ada size utk org dewasa & kanak².. so kami size kanak² je utk dia..
lepas makan buang dalam tong sampah ye hazizi.. ;-)

3 days left!

ok.. bila di selidik.. di belek.. & etc.. aku ni confirm dari Gen-5 Gen-6 keturunan Dato' Muhd Salleh bin Perang
or a.k.a. Dato' Bentara Luar Johor..

mulanya aku confuse samada gen-6 or 5.. tapi bila ikut pada turutan.. aku dr gen ke-5
(confuse punya pasal.. confirm sekrg Gen-6)

Gen-1:  muhd salleh bin perang (DBL)
Gen-2:  Suleiman
Gen-3:  Zaleha
Gen-4:  Dara
Gen-5:  Norliah
Gen-6:  Sofiah Hanim
Gen-7:  Muhammad Hazizi..

hari ni dah 19th Jan. 2012.. 3 days left..

Wednesday, January 18, 2012

masing² dgn hal masing²

lain macam tajuknya kan.. hehhehe.. xde apa² pun.. aje.. wat gempak je kat tajuk tu

actually mmg xde apa² pun.. mlm kelmarin, aku sibuk lipat baju, hubby plak tgk tv..
hazizi plak layan U&I dia kat laptop.. sebelah tu sebahagian dari toys dia..

so kira semua wat hal masing² la kan.. heehhehe



tengok la penuh kusyuk &
tekun layan U&I.. kalo idak pun
cite boboi boy..

kalo dah bosan sgt.. cite dinasour
herm.. layan je