yup.. minggu lepas hazizi demam tetiba. aku & hubby kena amik EL la
takut gak since dia penah ada kes H1N1 dulu..
tapi kali ni dia demam lain plak permintaan dia..
mula² nak makan nasi orang kawin.. erk.. hari jumaat mana ada org kawin nak ooii
ok, abi dia belikan nasi arab.. sampai ke malam dok makan nasi arab..
dah tu plak.. tengah malam tetiba nak karipap.. erk.. tgh malam buta mana ada org jual karipap
lain kali ye nak...
hari sabtu kebetulan dia pun dah ok skit bawak dia makan kat umah org kenduri kawin
kebetulan plak jiran kat umah mak ada orang kawin..
hari ahad plak, ada jemputan kawin opis-mate aku.. dia buat majlis perkahwinan puteri sulung dia
thx kak ruzita atas jemputan.. ok, tertunai sudah permintaan hazizi nak makan nasi org kawin..
lepas tu hubby bawak bersiar² jap ke empangan batu.. bagi dia tgk air jap
tak lama pun.. terus balik umah mertua..
otw, dia tanya
hazizi: umi, nak gi mana ni?
umi: balik umah nek yah la
hazizi: ada kakak x?
umi: xde la
hazizi: ala.. cian jiji xde kawan
umi: achik balik kot
bebrp minit bila sampai perkarangan flat taman melati.. tengok² kete achik dia xde
umi: jiji, achik x balik kot
hazizi: ala.. cian jiji xde kawan lagi
umi: erk...
smp umah nenek dia pun tunjuk mainan baru dia.. tgh lepak² tetiba dia cakap
'abi, jiji nak makan nasi lemak'.. hah!! adui.. lain pesen plak dia demam kali ni..
No comments:
Post a Comment
titiplah komen anda disini