Pages

hazizi & haziez kesayangan ummi & abi.. luv both of u always

Wednesday, March 28, 2012

majlis perkahwinan afiq

28-Feb-2012 kol 11.01pm (siap ada masa.. hahaha), aku dpt sms dari sepupu aku di Gopeng
Badrul or kami lebih senang panggil dia abg dooi

24-Mar-2012 kenduri kawin anak dia..location seperti majlis perkahwinan anak² dia yg lain
hermm.. mana lagi kat kolam memancing udang galah Gunung Mesah, Gopeng
kebetulan kami dah lama tak balik Gopeng.. & kebetulan pula, ramai plak saudara-mara lain
yg pergi ke kenduri tu.. rezeki dapat jumpa diaorg.. maklumlah nak jumpa time raya pun susah

ok.. jom layan gambo² kat bawah ni ye
 sepupu² serta anak² buah berkumpul
lepas makan.. diaorg ni layan anak² tgk monyet kat blkg kedai makan
 aku & abg sulungku Mohd Saupi Bin Ahmad Anuar.. kami adik-beradik kandung tapi lain² mak :-)







ni plak gambo anak & cucu saudara aku.. pendek cite anak serta cucu abg long aku
pakcu kusyuk berqasidah sewaktu rombongan pengantin tiba
ni la pengantinnya.. semoga jodoh berpanjangan hingga kiamat.. Amin
'tukang kompang cilik'
hahha.. asyik dok tanya mana kompang.. mana kompang..kat cni xde kompang la hazizi.. diaorg main cd jerk







bawah ni pic hazizi mengada²
hazizi:  Oh!!! penatnya main kompang
hahaha

sebelah ni gambo aku & sepupu²ku







gambo sebelah kiri gambo sepupu aku Kak T.. kurus sgt dah dia coz ada diabetes.. Kak T gak la yg ngajo aku subject math masa aku sek. men. smp aku dpt score subject math.. thx kak T

sebelah kanan pic adik aku serta Kak Ina (adik kak T)
aktiviti lepas makan..
hazizi nak menyeberang sungai
takut nak meniti.. hahha..
aku saja tinggalkan kat belakang
nak tgk dia berani ke idak..
hermm.. xde maknanya.. dia menangis kat c2 ada la..
akhirnya 2 pupu dia Amin tolong pimpin dia ..

masa nak balik, Abg Amir (anak adik aku) plak tolong pimpin

ramai bebenor inang kau ye hazizi
bdk² bukan nak dok diam.. kali ni ke kolam memancing udang plak..

lupa plak aku nak snap table rege utk memancing kat cni
ni plak pemandangan dibawah kaki Gunung Mesah
antara lauk pengantin
gulai nangka wajib ada pada apa² majlis keturunan Rawa..

antara lauk² yg ada, ayam golek, bawal masak sos, udang galah panjat nenas..

hermm.. lamanya tak makan udang galah.. masa kecik² dulu selalu gak makan udang galah coz arwah ayah aku suka pancing udang galah.. kalau nak ada kenduri-kendara saudara-mara arwah mesti pergi memancing berhari² cari udang utk diberi pada diaorg.. sedapnya kalau dapat makan sambal udang galah.. nyum²

No comments:

Post a Comment

titiplah komen anda disini