ni cite masa aku amik hazizi balik dari nursery petang semalam
seperti biasa.. dia akan salam & cium baby sitter dia
salam kawan²... cium baby.. sape² je la yang masih tinggal
kadang² tu dah nak naik kete.. dia sebok nak turun balik dengan muka tersenggih²
nak cium lagi.. nak cium lagi.. katanya.. ok layan je la
dia akan masuk semula & cium kak ain yg jaga dia..
cium la dia pipi kanan kiri, dahi & paling x tahan kat mulut pun dia cium
haip!!! bukan aku ajar tau.. ni semua gara² baby sitter dia dulu yang ngajor
meera namanya tapi dia dah balik indonesia coz nak jaga arwah ayah dia yg sakit dulu
sekrg ni dia tak dapat nak balik kerja di cni coz kat sana undang² dah ketat sgt
ok berbalik pada kisah hazizi.. petang semlm naik je kete.. cam biasa mulut dia cam berteh jagung
ada je soklan dia tanya.. pastu cite la macam² masa kat nursery
tup² dalam tengah sangkut kat jem.. tetiba kuar soklan cepu emas ni dari mulut dia
hazizi: ummi!!!.. jiji nak adik!!
kesian dia, mungkin kesan xde kawan kat umah.. dia dah sebut nak adik
insyaAllah ya hazizi.. kalau ada rezeki kita, jiji dapatlah adik
ummi nak dapat jiji pun tunggu 11 tahun nak.... sob sob
Alhamdulillah dapat gak ummi & abi anak sorang yg comey ni..
kenangan bergambar 1 family.. masa ni hazizi baru berusia 1 minggu. lepas balik dari check-up, ni pun gara² pengasas Biodex iaitu Pn. Murni yang minta kirimkan gambar 1 family untuk keluaran dalam majalah Mingguan Wanita Edisi Raya 2008
pada pembaca blog saya, doa²kanlah supaya kami dikurniakan zuriat lagi ya bagi peneman zuriat kami yang seorg ni..
No comments:
Post a Comment
titiplah komen anda disini